Manchester United menerima khabar gembira apabila rayuan mereka terhadap kad merah Leny Yoro ketika menentang Liverpool berjaya.
Persatuan Bola Sepak England (FA) mengesahkan penggantungan satu perlawanan terhadap pemain pertahanan itu telah dibatalkan selepas tuntutan wrongful dismissal atau penyingkiran yang tidak wajar diterima.
Yoro sebelum ini dilayangkan kad merah ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool pada Ahad, 22 November lalu.
Keputusan itu dibuat selepas Yoro didakwa menafikan peluang jaringan jelas (denying an obvious goalscoring opportunity).
Bagaimanapun, Manchester United mengambil tindakan dengan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut. Rayuan itu akhirnya memihak kepada kelab dari Old Trafford berkenaan.
Dalam kenyataan rasmi, FA mengesahkan:
“Penggantungan satu perlawanan terhadap Leny Yoro telah dibatalkan susulan kejayaan tuntutan atas penyingkiran yang tidak wajar.
🚨 OFFICIAL: Leny Yoro’s red card has been overturned.
FA statement: “Leny Yoro’s one-match suspension has been removed following a successful claim of wrongful dismissal. The Manchester United player was sent off for denying an obvious goal scoring opportunity during their… pic.twitter.com/yTUBFDHIFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 24, 2026
“Pemain Manchester United itu dilayangkan kad merah kerana menafikan peluang jaringan jelas ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool pada Ahad, 22 November.
“Alasan bertulis daripada Suruhanjaya Kawal Selia Bebas berhubung keputusan tersebut akan diterbitkan pada masa akan datang.”
Keputusan ini bermakna Yoro kini boleh diturunkan dalam aksi seterusnya menentang Brentford di Old Trafford pada Sabtu.
Perlawanan itu dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang GMT.
Pembatalan kad merah tersebut sekali gus memberikan kelegaan kepada Manchester United yang kini boleh kembali menggunakan khidmat Yoro tanpa perlu menunggu tamat tempoh penggantungan.