Pemain pertahanan Manchester United, Leny Yoro tampil memberi semangat kepada rakan sepasukan Manchester United agar terus ‘bersatu’ selepas permulaan musim yang cukup mengecewakan.

Menurut Yoro, United mampu kembali ke landasan sebenar sekiranya dapat mengelakkan ‘kesilapan kecil’, sambil menegaskan skuad perlu kekal bersatu walau apa pun cabarannya untuk keluar daripada kemelut semasa.

Baca Juga:

Permulaan musim nyata tidak memihak kepada pasukan bimbingan Ruben Amorim selepas tersingkir awal di pusingan kedua Piala Carabao apabila tewas menerusi penentuan penalti kepada kelab League Two, Grimsby Town.

Nasihat Leny Yoro Buat Kem Man Utd

“Saya rasa ia memang sukar untuk semua orang,” ujar Leny Yoro menurut sumber laporan Goal.

“Perlawanan ini sudah pun berlalu dan kami perlu bergerak ke hadapan serta fokus kepada pertemuan dengan Burnley. Pasukan sudah bersedia untuk kembali bangkit dan menantikan aksi tersebut.”

“Ia memang sukar kerana kalau tanpa mengira perlawanan menentang Grimsby, ketika menentang Fulham dan Arsenal, saya rasa kami agak tidak bernasib baik.”

“Kami bermain dengan baik, sejujurnya. Kami ada peluang untuk menjaringkan gol tetapi kami pula bolos dengan cara yang boleh dielakkan.”

“Saya rasa inilah perkara kecil yang perlu kami perbaiki. Jika kami tidak lakukan kesilapan kecil ini, kami akan menang perlawanan,  hanya hal-hal kecil ini yang perlu diubah.”

“Setiap kali kami masuk ke [Pusat Latihan] Carrington, kami fokus kepada diri sendiri dan semangat pasukan. Semangat berpasukan sangat penting untuk kami dan ia jelas kelihatan ketika pramusim, apabila kami sentiasa bersama dimana semangat itu terjalin.”

“Perlawanan seperti [menentang Grimsby] juga membantu membina semangat kerana kami perlu kekal bersama tidak kira apa pun keputusan.”

“Kami perlu tunjukkan perkara ini di atas padang dan cuba lakukan segala yang mampu untuk merealisasikannya,” tambah beliau lagi.

Sumber