Pemain pertahanan, Leny Yoro menegaskan Manchester United perlu meletakkan sasaran untuk muncul juara English Premier League (EPL) musim 2026/27.

The Red Devils bakal memasuki musim penuh pertama bersama Michael Carrick sebagai pengendali pasukan selepas bangkit dengan mengagumkan daripada permulaan perlahan di bawah kendalian Ruben Amorim untuk menamatkan musim lalu di tempat ketiga.

Manchester United berada di kedudukan keenam ketika Amorim dipecat pada Januari, namun Carrick berjaya mencatatkan 12 kemenangan dalam 17 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dikendalikannya pada musim 2025-26 (tiga seri, dua kalah) sekali gus meyakinkan pihak kelab untuk melantiknya secara tetap.

Neville
Kredit Foto: Paul ELLIS / AFP

Yoro Yakin Kemampuan Man Utd

Yoro tidak melihat sebarang sebab mengapa prestasi cemerlang itu tidak boleh diteruskan apabila Manchester United memulakan kempen baharu menentang pendatang baharu, Hull City pada 22 Ogos.

Ketika ditanya sama ada United perlu menyasarkan kejuaraan liga, Yoro berkata: “Sudah tentu. Kami adalah Manchester United, jadi kami perlu berfikir seperti itu.”

“Saya tahu kami mempunyai potensi untuk melakukannya, jadi kami mesti melakukannya,” ujar Yoro menurut sumber laporan beIN Sports.

“Suasana dalam pasukan sangat baik. Kami bekerja sangat keras dan di luar padang, kami mempunyai hubungan yang baik, suasana yang positif.”

“Jadi sasaran musim ini adalah untuk memenangi setiap perlawanan, secara jujurnya. Untuk pasukan menjadi yang terbaik, untuk diri saya sendiri beraksi baik dalam setiap perlawanan, memenangi trofi dan berada di puncak.”

Sumber