Manchester United dilanda berita kurang enak apabila pemain yang baru mereka beli, Leny Yoro disahkan akan tersisih selama 3 bulan.
Leny Yoro sebelum ini mengalami kecederaan di kaki. Dan selepas penilaian dan pemeriksaan rapi dibuat, petugas perubatan menyatakan bahawa pemain itu harus berehat panjang selama 3 bulan.
Leny Yoro dibeli oleh Man United pada jendela perpindahan kali ini dengan nilai £50 juta. Dan dia dianggap pemain yang akan terus menjadi pemain utama Erik Ten Hag.
Yoro bagaimanapun harus melupakan seketika debut kompetitif bersama dengan Manchester United.
Selain Leny Yoro, seorang lagi pemain iaitu, Rasmus Hojlund sekali lagi mengalami kecederaan pada pra musim.
Pemain antarabangsa Denmark itu cedera di bahagian hamstring yang memerlukan dia berehat kira kira enam minggu.
🚨 OFFICIAL: Manchester United confirm Leny Yoro is out for three months with a foot injury.
Rasmus Højlund, out for 6 weeks with a hamstring problem. pic.twitter.com/5zKSBeJtfd
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 1, 2024
Manchester United masih aktif dalam jendela perpindahan kali ini. Antara nama yang masih dikaitkan dengan Man United ialah Matthijs De Ligt.
Pertahanan antarabangsa Belanda itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa keutamannya adalah menyertai Erik Ten Hag di Man United.
Namun Bayern menolak bidaan £30 juta daripada Man United – mereka mahukan sekurang kurangnya £50 juta untuk pemain itu. Kerana De Ligt masih muda.
Man United ketika ini dalam program pra musim. Erik Ten Hag mahu memastikan United benar benar kuat sebelum musim bermula kerana mahu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.