Satu gangguan besar dilaporkan berlaku ke atas Facebook pada Jumaat, 12 Jun, apabila jutaan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses platform tersebut.
Selain daripada Facebook beberapa platform lain di bawah Meta iaitu Facebook Mesenger, Instagram, WhatsApp dan Threads juga dilaporkan mengalami gangguan.
Laporan dari beberapa negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan rantau lain menunjukkan pengguna berdepan masalah log masuk, feed tidak dimuatkan, serta kegagalan memuat naik kandungan. Malah, sesetengah pengguna turut menerima mesej ralat seperti “this page isn’t available right now”.
Gangguan ini bukan sahaja menjejaskan Facebook, tetapi turut melibatkan perkhidmatan lain di bawah Meta seperti Instagram dan Meta Business Suite, menyebabkan ramai pengguna serta pengendali akaun perniagaan tidak dapat menjalankan operasi seperti biasa.

Setakat ini, Meta masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung punca gangguan tersebut atau jangkaan masa untuk pemulihan penuh perkhidmatan.
Insiden seperti ini sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai kestabilan infrastruktur platform media sosial terbesar dunia itu, yang menjadi antara medium komunikasi utama berjuta-juta pengguna setiap hari.
Ini bukanlah kali pertama Facebook mengalami gangguan seperti ini, pada tahun ini. Dan lebih merisaukan adalah, pengguna bimbang akaun mereka akan berdepan dengan masalah seperti digodam pihak lain.
It’s not just you. Facebook is down at the moment. pic.twitter.com/8z139LKaFG
— SoyaCincau (@Soya_Cincau) June 12, 2026