Meta, pemilik platform media sosial terkenal seperti Facebook dan Instagram, telah mengumumkan dasar baharu yang melarang kandungan yang menyerang Zionis, lapor CNBC.

Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk mengurangkan stereotaip antisemitik serta intimidasi terhadap kelompok Zionis, yang merujuk kepada komunitas Yahudi dan negara Israel.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Dasar baru ini, yang diperkenalkan untuk melindungi kelompok yang dikategorikan sebagai ciri-ciri yang dilindungi, termasuk etnik dan fahaman agama, diterima dengan respon berbelah bagi dari pengguna platform tersebut.

Sebelumnya, Meta telah menghadapi kritikan atas cara pengendalian kandungan yang berkaitan dengan konflik Timur Tengah, termasuk tuduhan penekanan terhadap konten yang menyokong Palestin.

Di sisi lain, YouTube juga berada di bawah perhatian umum kerana keputusannya dalam menangani kandungan-kandungan yang kontroversial.

Contohnya, platform ini mempertahankan video muzik kontroversial seperti lagu “HarduDarbu” dari duo rap Hebrew Ness dan Stilla, yang dituduh mengandungi elemen kebencian dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Jack Marlon, jurucakap YouTube, membantah dakwaan bahawa platform itu memilih-milih dalam penghapusan kandungan.

Beliau menyatakan bahawa YouTube telah mengeluarkan puluhan ribu video sejak konflik berlaku, yang mana keputusannya kadang-kadang sukar dan memerlukan penilaian yang teliti.

Walau bagaimanapun, sementara Meta bertindak tegas dengan dasar baharu mereka, keputusan YouTube mengekalkan kandungan tertentu menimbulkan tanda tanya di kalangan penganalisis dan pengguna platform tersebut.