Baru-baru ini Khairul Aming (KA) membuat orang ramai ‘tak senang duduk’ apabila pekerjanya menunjukkan sampul raya dipenuhi sejumlah wang tunai.

Ramai yang meneka dan membuat kira-kira berapa ‘bonus raya’ yang pekerja-pekerja KA dapat.

Baca Juga:

Seorang pengguna X.com berkongsi satu hantaran mendakwa dirinya salah seorang pekerja Khairul Aming, dan semua mendapat bonus sebanyak RM5,000.

“Saya salah seorang staf KA. Bonus tahun ni Alhamdulillah seorang 5k,” ujar akaun X.com tersebut.

Sumber Gambar: X.com

Ketika hantaran itu dibuat, ramai warga X.com berkongsi semula hantaran itu kerana percaya dengan dakwaan dibuat individu terbabit.

Namun, hantaran itu telah dipadam selepas mendapat perhatian pengasas Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi itu.

KA menegur individu terbabit kerana tindakannya itu boleh menyebakan orang ramai salah faham.

“Faham nak bergurau tapi tak boleh tweet fake macam ni sebenarnya. Ramai salah faham nanti, harap maklum,” tegur KA ringkas.

Hantaran KA itu membuatkan ramai sedar yang mereka ‘terkena’ dengan hantaran yang telah dipadam itu.

Pada masa sama ada netizen mencadangkan agar perkara-perkara melibatkan wang tunai tidak dipaparkan dalam video akan datang.

Ini kerana bagi mengelakkan penjenayah siber dan perompak mengambil kesempatan ketika para pekerja gembira menerima wang tunai yang banyak.

Terdahulu, Khairul Aming telah menutup operasi kilang untuk meraikan para pekerja yang sudah mencecah 100 orang.

Selain mendapat bonus wang tunai, KA turut bawa mereka semua membeli-belah baju raya, barangan dapur dan berbuka puasa di hotel.

Tambah KA lagi, beliau akan membawa kesemua pekerjanya pergi bercuti selepas hari raya nanti.