Faisal Halim kembali dipanggil untuk membarisi skuad negara bagi menghadapi aksi sulung kempen Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal, 25 Mac nanti.

Ia pastinya detik yang dinanti-nantikan peminat bola sepak Malaysia selepas melihat pemain sayap lincah itu bangkit dengan hebat daripada musibah menimpanya pada tahun lalu.

Baca Juga:

Faisal Halim turut cemerlang ketika meledakkan hatrik pada perlawanan menentang Kelantan Darul Naim (KDN) dalam aksi Liga Super tempoh hari.

Daripada senarai yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, tiada sebarang pemain warisan baharu diumumkan.

Menurut pengendali skuad negara, Peter Cklamovski, proses untuk melengkapkan segala urusan mengenai pemain warisan sudah memasuki fasa akhir dan berkemungkinan ada berita gembira pada minggu hadapan.

Berikut merupakan senarai penuh barisan 27 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan:

Penjaga gol

1) Syihan Hazmi

2) Kalamullah Al-Hafiz

3) Haziq Nadzli

Pertahanan

4) Daniel Ting

5) Dion Cools

6) Harith Haiqal Adam Afkar

7) La’vere Corbin-Ong

8) Matthew Davies

9) Quentin Cheng

10) Safwan Mazlan

11) Shahrul Saad

12) Ahmad Zikri Khalili

Pemain Tengah 

13) Afiq Fazail

14) Endrick Dos Santos

15) Nazmi Faiz Mansor

16) Natxo Insa

17) Nooa Laine

18) Safawi Rasid

19) Stuart Wilkin

20) Syameer Kutty Abba

Penyerang

21) Akhyar Rashid

22) Arif Aiman Mohd Hanapi

23) Faisal Halim

24) Haqimi Azim

25) Paulo Josue

26) Romel Morales

27) Mohamadou Sumareh

Ini merupakan senarai pertama yang dipilih oleh Peter Cklamovski dan pembantunya selepas barisan kejurulatihan baharu ini diumumkan pada pertengahan Disember tahun lalu.

Skuad Harimau Malaya kini sedang melalui proses revolusi dengan dilantik Cklamovski bersama-sama Rob Friend yang memikul tanggungjawab selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) manakala Dr Craig Duncan pula berperanan sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Harimau Malaya.

Aksi bertemu Nepal pada mulanya dijadualkan berlangsung di Nepal, namun atas sebab kerja-kerja penyelenggaraan Stadium Dasharath di Kathmandu, FAM bersetuju untuk menukar ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Menurut kenyataan dikeluarkan FAM sebelum ini, badan induk bola sepak negara itu telah membuat keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi menggunakan venue berkenaan sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan sendiri oleh baginda.