Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan bakal mengumumkan nama individu yang bergelar ‘bos’ bagi mengemudi unit khas pasukan kebangsaan pada bulan disember depan.

Perkembangan itu disahkan oleh setiausaha agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman menerusi laporan dalam harian metro sambil menjelaskan pengumuman itu tidak  membabitkan perubahan dalam barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Baca Juga:

“Ia (unit khas) akan diumumkan kemudian pada Disember. Tunggu, (siapa yang akan ketuai unit khas) akan diumumkan. Jurulatih tidak ada (perubahan), ini untuk struktur saja.

“Setakat ini ada pasukan senior dan Bawah 23 Tahun (B-23), kemungkinan ada B-19, apa pun itu semua nanti akan diumumkan,” katanya dipetik dalam Harian Metro.

Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail berkongsi struktur organisasi yang dipercayai unit baharu yang akan menguruskan Harimau Malaya selepas memuat naik beberapa gambar di laman instagramnya.

Tunku Ismail
FAM

 

Dalam struktur tersebut, terdapat beberapa jawatan seperti Ketua Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi dan Ketua Prestasi.

Selain itu, jawatan lain termasuk Penasihat Sukan dan Bola Sepak Antarabangsa serta penganalisis prestasi.

Bulan lalu, Tunku Ismail mendedahkan tarikh 15 Disember 2024 yang mungkin merupakan detik permulaan mengenai penstrukturan baharu pasukan kebangsaan.

Ketika ini, skuad Harimau Malaya berada di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Pasukan-pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin.

FAM Bakal Umum 'Bos' Unit Khas Urus Harimau Malaya Bulan Depan

Perkembangan itu turut disambut baik oleh peminat bola sepak tempatan yang berharap ia diuruskan lebih profesional berbanding ketika dibawah pengurusan FAM.

Penstrukturan organisasi pengurusan pasukan kebangsaan dilihat dibuat dengan satu tujuan iaitu untuk mengangkat pasukan Harimau Malaya menjadi salah satu pasukan gergasi di rantau Asia.

Siapakah nama jurulatih atau individu yang dipilih berada dalam struktur ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada FAM.