Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail memberi bayangan mengenai penswastaan skuad Harimau Malaya selepas memuat naik beberapa dokumen di laman instagramnya.
Dokumen tersebut dinama sebagai “Strategi Skuad Kebangsaan” dimana skuad Harimau Malaya akan diuruskan oleh badan bebas yang dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Teknikal.
Baca Juga:
Dalam carta organisasi badan bebas tersebut terdapat juga Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi, Ketua Sumber Manusia serta Ketua Prestasi.
Tunku Ismail turut mendedahkan tarikh 15 Disember 2024 yang mungkin merupakan detik permulaan mengenai penswastaan pasukan kebangsaan.
Ketika ini, skuad Harimau Malaya berada di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Pasukan-pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin.
Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi FAM mengenai penswastaan Harimau Malaya dan badan induk itu dijangka akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.
Namun begitu, langkah penswastaan skuad kebangsaan tersebut disambut baik oleh peminat bola sepak tempatan yang berharap ia diuruskan lebih profesional daripada pengurusan FAM.
Penstrukturan organisasi pengurusan pasukan kebangsaan dibuat dengan satu tujuan iaitu untuk mengangkat pasukan Harimau Malaya menjadi salah satu pasukan gergasi di rantau Asia.
So national team akan diswastakan?
My 1st thought: Baguslah asingkan pengurusan national team dari FAM yang terbukti tidak competent. Provided new management team kena yg betul2 professional & layak. Jangan jadi macam Liga Super. FAM swastakan kepada MFL tp management out! pic.twitter.com/LpeX6NaQee— Piang Shankly (@PiangShankly) September 3, 2024
Dia macam kes penswastaan kelab bolasepak.
Harapannya utk kurangkan beban setiap persatuan bolasepak negeri supaya persatuan² ini boleh fokus dengan pendidikan bolasepak, sediakan fasiliti, dan urus pertandingan.Realitinya masih goyang kaki. https://t.co/pGEArEFJlC
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) September 3, 2024
Harimau Malaya kembali beraksi bertemu Filipina pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.
Jika menang, skuad kendalian Pau Marti itu bakal bertemu sama ada juara bertahan, Tajikistan atau Lubnan di final yang akan berlangsung, Ahad ini.
Tajikistan muncul juara Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan Malaysia 2-0 di pentas akhir, 17 Oktober tahun lalu.