Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menggantung Perlis FA selepas badan itu masih gagal untuk melunaskan tunggakan gaji kepada bekas pemain dan pegawai pasukan.
Keputusan tersebut dicapai ketika Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang berlangsung hari ini dimana mereka menggantung Perlis FA daripada menjadi Ahli Gabungan FAM sehingga PFA membuat pembayaran penuh seperti yang diarahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Baca Juga:
- Hamidin Umum Tak Pertahankan Jawatan Presiden FAM
- Netizen Malaysia Dan Indonesia Akhirnya Bersatu Kecam Rekaan Poster FAM
- FAM Bakal Umum ‘Bos’ Unit Khas Urus Harimau Malaya Bulan Depan
Ia susulan kegagalan PFA mematuhi arahan dikeluarkan FIFA untuk membayar gaji tertunggak dan pampasan kontrak yang dituntut oleh bekas Pengarah Bola Sepak PFA, Matt Holland sepertimana keputusan yang telah dikeluarkan oleh FIFA pada 4 Disember 2019.
Siaran Media: Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-13 Bagi Penggal 2021-2025
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Tan Sri Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin ini berlangsung di Wisma FAM.
▶️ Baca penuh di https://t.co/QHOyFNmgiv#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/i11LRCGjxn
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 4, 2024
“Aduan telah dibuat oleh Holland selepas PFA gagal menjelaskan bayaran tersebut dan FIFA seterusnya menerusi surat bertarikh 11 November 2024 telah membuat keputusan terbaharu dengan PFA diarahkan untuk membayar sebanyak RM998,658 kepada Holland dan denda sebanyak CHF15,000.
“Sementara FAM yang telah dinamakan sebagai responden kedua (kerana gagal memastikan PFA mematuhi keputusan FIFA) telah dikenakan denda sebanyak CHF5,000 dan sekiranya tiada pembayaran dibuat PFA, tindakan boleh diambil oleh FIFA terhadap FAM sebagai responden kedua, antaranya sekatan terhadap peruntukan kewangan sebanyak 20% daripada Program FIFA Forward (yang merupakan geran pembangunan daripada FIFA) sehingga selesai bayaran tersebut.
“Justeru, keputusan menggantung PFA ini dibuat berdasarkan Artikel 17 Statut FAM yang dengan jelas menyatakan bahawa Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung ahli tersebut apabila ahli secara serius melanggar obligasi sebagai ahli dan dalam kes ini PFA secara serius telah melanggar arahan atau keputusan daripada FIFA.
“Penggantungan ini dibuat bagi mengelak FAM dikenakan tindakan lanjut oleh FIFA termasuk FAM perlu membayar semua bayaran yang harus dibayar oleh PFA dan sehingga boleh menyebabkan FAM dipertanggungjawabkan untuk kesemua hutang tersebut,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.