Aksi persahabatan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Russia tidak jadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan telah menghantar jemputan kepada pasukan dari eropah itu.
Menurut kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman dalam laporan Berita Harian hari ini, badan induk itu tidak pernah mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan ranking ke-33 dunia itu.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
“Setakat ini kita memang tiada mengatur perlawanan dengan pasukan Russia. Sekarang kita ada Pestabola Merdeka pada September.
“Oktober kita pergi away (aksi persahabatan di tempat lawan), itu pun dalam Asia juga dan setakat ini belum putuskan lagi siapa lawan Harimau Malaya. Pada November mungkin kita jemput Laos, Yaman atau Syria,” katanya kepada BH Sukan.
Dakwaan mengenai Harimau Malaya akan menentang Russia Oktober depan timbul apabila laman sosial Asean Football mendedahkan FAM telah menjemput pasukan dari eropah itu untuk menguji kekuatan skuad kendalian Pau Marti Vicente.
π²πΎπ·πΊ Along with Vietnam and Thailand, the Football Association of Malaysia (FAM) has invited the Russian national team for a friendly match next October in Malaysia.#FAM pic.twitter.com/cQyEzANWtx
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 24, 2024
Skuad Harimau Malaya dijadualkan beraksi dalam Pestabola Merdeka yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan September babitkan pertembungan dengan Lubnan, Filipina, Tajikistan.
Selepas itu, dua jendela aksi antarabangsa pada Oktober dan November menanti skuad kendalian Pau Marti sebelum beraksi di Piala AFF hujung November hingga Disember.