Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah proaktif apabila mewujudkan Program Kenali VAR bagi menyebarkan maklumat berkaitan protokol Video Bantuan Pengadil (VAR) yang baru sahaja dilaksanakan dalam saingan Liga Super 2024-2025.
Menurut kenyataan rasmi Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram, ia bertujuan untuk mendidik para peminat bola sepak di negara ini supaya dapat memahami perkara-perkara berkaitan VAR memandangkan ini musim pertama Liga Malaysia mengguna pakai teknologi ini.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
“Menerusi program ini, FAM akan memuatkan info-info berkaitan protokol VAR dan info terkini VAR. Program Kenali VAR ini merupakan terbitan secara siri mingguan dan akan diurus selia oleh Unit Pengadil FAM,” kata Sivasundaram.

FAM juga dalam satu kenyataan juga berpuas hati dengan prestasi pengadil ketika pelaksanaan teknologi VAR di saingan Liga Super ini yang dilihat berjalan dengan lancar dimana para pengadil mengikut protokol ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
FAM turut akan membuat satu fasa latihan di Sabah dengan menggunakan teknologi VAR Goal Sport bagi membolehkan teknologi VAR Goal Sport yang dibeli pihak di sana dapat digunakan pada perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Latihan ini akan dimulakan pada 6 hingga 10 Jun 2024.
Usaha ini perlu dilakukan kerana kemahiran dan keberadaan pengadil VAR merupakan elemen utama dalam pelaksanaan teknologi VAR di Liga Malaysia.
Segala urusan penggunaan teknologi VAR di Liga Malaysia adalah di bawah kawal selia FAM dan kepatuhan protokol VAR diutamakan.