Sekurang-kurangnya tujuh unit teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) bakal ditambah pada masa akan datang bagi memastikan sistem itu beroperasi dengan lebih lancar dalam saingan Liga Super.
Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam menurut laporan Arena Metro.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Difahamkan penambahan teknologi itu adalah untuk memastikan satu unit dapat ditempatkan secara kekal bagi mengendalikan perlawanan Liga Super di Sabah dan Sarawak.
“Buat masa ini, kita sudah ada empat unit tetapi ia tidak mencukupi. Empat unit ini adalah mengikut kemampuan kita kerana dengan VAR bukan hanya membabitkan operasi, tetapi penyelenggaraan.
“Saya rasa kita perlukan sekurang-kurangnya tujuh set kerana kita mahu mengurangkan risiko membabitkan aspek penerbangan apabila unit itu akan dihantar untuk perlawanan di Sabah dan Sarawak.
“Sebab itulah kita berfikir perlu adanya satu unit yang tetap di sana kerana peralatan yang sensitif dan berat seperti ini, sudah pasti ada risiko kerosakan jika selalu diterbangkan.
“Tetapi kita bernasib baik kerana ada sistem sama digunakan di Likas dan kita sedang mendapatkan kelulusan untuk menggunakan sistem itu dalam Liga Malaysia (Liga M). Jadi kita akan ada lima unit VAR selepas ini,” katanya.
Sebelum ini, peminat bola sepak tempatan menghamburkan kritikan terhadap MFL apabila teknologi VAR tidak dapat digunakan sepenuhnya ekoran masalah teknikal di beberapa venue terlibat.
Berapa juta kos VAR, @FAM_Malaysia @MFL_MY?
Ada yg report 6j ada yg report 10j. Lazat kan?
Blh mintak refund or ganti rugi or denda dari vendor? Atau contract cap ayam mcm biasa?Baru MW2 dah macam2 problem, dah macam2 bulls**t!!! 🤡 https://t.co/Or7ZKDeK0y pic.twitter.com/UlCldGRXbl
— Piang Shankly (@PiangShankly) May 20, 2024
Stuart berharap penyokong dapat memberikan sedikit masa memandangkan VAR baru pertama kali digunakan pada musim ini.
“Kita harus faham VAR baru sahaja dilaksanakan di negara ini. Walaupun ada beberapa masalah yang timbul sepanjang perjalanan kita menggunakan VAR, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
“Hasrat kita adalah untuk melaksanakan VAR dalam setiap perlawanan Liga M,” katanya kepada Arena Metro.