Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa susulan tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC (SFC) supaya menangguhkan perlawanan Piala Sumbangsih.
Menurut kenyataan rasmi, baginda turut memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan SFC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual berlangsung pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
“Baginda menzahirkan rasa kecewa kerana pihak MFL menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.
“Selaku Penaung Selangor FC, Baginda berpandangan, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.
“Baginda bertitah, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.
“Titah Baginda lagi, bukan sahaja isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang melibatkan pemain sayap, Faisal Halim, juga harus diambil kira,” menurut kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah.
Selain itu, Sultan Selangor turut menyokong solidariti untuk membanteras keganasan sukan dalam apa jua bentuk #standwithfaisalhalim #stoptheviolence
“Baginda mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.
“Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini,” tegas baginda.