Artis sensasi, Nur Fazura menyatakan dia benar benar berpuas hati akhirnya dapat menyaksikan sendiri konsert Coldplay di depan matanya.

Ini kerana Fazura sudah lama meminati kumpulan pop Amerika itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam status yang dimuatnaiknya menerusi Instagram, Fazura berkata: “Sudah bertahun tahun lamanya berimpian untuk menonton konsert Coldplay kerana saya membesar dengan mendengar lagu lagu mereka dengan banyak sekali kenangan dalam hidup saya.”

“Terutama sekali malam tadi adalah detik emosional buat saya secara spesifiknya, mendengar mereka mengalunkan lagu lagu seperti Fix You, The Scientist, Sparks dan Sky Full Of Stars yang pernah menjadi lagu paling saya gemari.”

“Rakyat Malaysia penuh dengan rasa kasih sayang, jauh daripada kebencian – ianya tauladan yang kita amalkan dan tunjukkan kepada dunia.”

Fazura turut menunjukkan solidatitinya kepada Palestin dengan melilitkan skaf tanda sokongan. Kemudian dia mengibarkan bendera Palestin di dalam konsert Coldplay itu.

Fazura kelihatan menangis ketika sing along lagu kegemarannya bersama lautan peminat Coldplay yang lain sambil tangannya mengibarkan bandera Palestin.

Konsert Coldplay di ibu negara sempena siri jelajah dunia Music of the Spheres World Tour telah berlangsung dengan jayanya. Sebelum ini terdapat ramai pihak meminta agar ianya dibatalkan.

Isu itu sampai dibahaskan di dewan rakyat. Di mana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Coldplay adalah penyokong Palestin dan kenapa mereka harus dihalang mengadakan konsert di Malaysia.