Pengurus Getafe, Jose Bordalas membidas Ferran Torres yang melabel Getafe sebagai pasukan yang tidak ada menawarkan apa apa dalam perlawanan – selain hanya melakukan keksasaran.
Ferran Torres menyindir Getafe selepas meledak dua gol untuk Barcelona dalam kemenangan 3-0 La Liga ke atas pasukan kendalian Jose Bordalas pada malam Ahad.
Pemain Barcelona itu kembali dalam kesebelasan utama dan berjaya menjaringkan dua gol pada malam yang baik buat skuad Hansi Flick di Estadio Johan Cruyff.
Ferran bercakap kepada wartawan selepas perlawanan dan mengakui dia sudah menjangka aksi menentang Getafe bukanlah mudah.
“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Mereka tidak menawarkan apa-apa, mereka terlalu banyak cuba membuat kekasaran pada pandangan saya, tetapi kami menanganinya dengan baik.

“Kami tidak memulakan babak kedua dengan baik, tetapi yang penting adalah meraih tiga mata,” katanya.
Bordalas segera memberikan jawapan balas yang pedas. Menurutnya Ferran Torres tidak berlaku adil dalam komennya. Kerana, mustahil pasukannya yang kecil itu mampu bersaing dengan pasukan yang jurangnya bernilai €1 billion euro lebih berharga daripada mereka..
“Pada pandangan saya, itu pandangan yang mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Ini kerana jurang Getafe dengan Barca adalah €1 billion.
“Barcelona pasukan yang pemain pemainnya di kelas tertinggi. Bagi saya itu pandangan yang biadap.”