Pada November tahun lalu tular satu video menjadi bualan ramai di mana sebuah Ferrari klasik diangkat masuk ke dalam sebuah bangunan tinggi.

Baru-baru ini Malaysia Book of Records mengumumkan detik-detik tersebut telah mencipta dua rekod baharu di negara ini.

Baca Juga:

Model Ferrari Dino 308 GT4 tahun 1978 itu diangkat naik masuk ke dalam tingkat 29 bangunan pada ketinggian 102.85 meter.

Letak Ferrari Klasik Di Tingkat 29, 'Office Penthouse' Rembawang Cipta 2 Rekod Baharu Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Book Of Records

Kereta sportĀ tersebut itu diletakkan pada bahagian ruang tamu pejabat dan akan menjadi ‘penarik perhatian’ kepada siapa-siapa yang masuk ke dalam pejabat itu kelak.

“Ini bukan sekadar letak kereta mewah dalam ruang cantik. Ini tentang melanggar jangkaan. Pejabat biasanya ada meja, kerusi, pemandangan. Tapi Ferrari depan mata? Itu lain level.

“Dengan ini, dua pencapaian tercapai serentak: Ferrari pertama yang dipamerkan di ‘Office Penthouse‘, dan Pameran Ferrari di altitud tertinggi dalam bangunan komersial,” kata Malaysia Book of Records.

Letak Ferrari Klasik Di Tingkat 29, 'Office Penthouse' Rembawang Cipta 2 Rekod Baharu Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Book Of Records

Sementara itu, Rembawang Holdings Sdn Bhd (RHSB) menyatakan detik-detik itu adalah satu usaha yang amat bersejarah buat pihak syarikat.

“Ia memerlukan komitmen daripada seluruh pasukan selama berbulan-bulan melalui perancangan yang teliti tanpa henti untuk menjayakan pencapaian ini; menempatkan sebuah kereta klasik di tingkat 29 sebuah menara pejabat korporat Gred-A yang akan datang di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

“Penglibatan ramai pihak ini telah membuatkan seluruh pasukan bekerja ke arah matlamat yang sama dan memberikan hasil kerja terbaik demi mencapai sesuatu yang unik buat pertama kalinya di Malaysia.

“Maka, ia adalah satu ganjaran yang sangat membanggakan apabila dapat melihat hasil daripada segala usaha dan masa yang telah didedikasikan oleh semua pihak,” kata (RHSB).