Nikmat dan kegembiraan yang kita rasa tidak akan lengkap tanpa kesyukuran. Apabila kita bersyukur akan datang kebahagiaan dan keberkatan dalam menjalani kehidupan.

Sempena sambutan Hari raya Aidilfitri tahun 2024 (1445 hijrah), PERODUA dengan bangganya mempersembahkan filem pendek raya Keberkatan Lebaran untuk mengingatkan kita tentang kepentingan menghayati rasa syukur.

Keberkatan Lebaran, sebar mesej pentingnya bersyukur.

Melalui filem pendek Keberkatan Lebaran, sambutan Aidilfitri dizahirkan sebagai hari dimana seluruh umat Islam bersyukur diatas segala nikmat kurniaan Yang maha Esa.

Ia adalah hari dimana kita muhasabah diri dan menginsafi segala kesalahan yang pernah dilakukan.

Dalam filem pendek ini, seluruh umat Islam bangun awal pagi dan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid sebelum kembali ke rumah masing-masing untuk menyiapkan juadah dan persiapan Aidilfitri.

Mereka kemudiannya datang semula ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, sambil berterusan melaungkan takbir dan tahmid memuji kebesaran Ilahi.

Inilah antara cara umat Islam menzahirkan kesyukuran, selain bermaafan di antara satu sama lain.

Kolaborasi bersama ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.

Mengetengahkan unsur ketakwaan dan kemesraan yang terjalin dalam ‘ummah’, Keberkatan Lebaran adalah filem pendek hasil kolaborasi bersama ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, satu gerakan sosial yang diterajui oleh Alif Satar.

Objektif utama gerakan ini adalah untuk meramaikan jemaah solat Subuh di masjid dan dalam masa yang sama mengukuhkan silaturrahim di antara umat Islam.

Selain itu, banyak nilai-nilai murni di selitkan dalam filem pendek Keberkatan Lebaran seperti kepentingan amalan bersedekah dan saling bantu-membantu.

Tampilkan lagu khas, Alif & The Locos!

Kalau anda nak tahu, penggambaran filem pendek Keberkatan Lebaran diadakan di Masjid Perodua dan filem pendek ini menggunakan soundtrack berjudul Keberkatan Lebaran, lagu rekaan khas dendangan Alif Satar bersama penampilan istimewa Alif & The Locos.

Saksikan filem pendek Keberkatan Lebaran di Youtube Perodua sekarang!

Anda juga boleh strim lagu ‘Keberkatan Lebaran’ oleh Alif Satar di SoundCloud bermula hari ini.

Raikan suasana lebaran dengan penuh kesyukuran.

Salam Aidilfitri daripada Produa!