Skuad kebangsaan Filipina mengumumkan barisan pemain yang akan beraksi dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024 yang akan bermula pada dari 4 hingga 8 September.
Pengurus pasukan, Tom Saintfiet memanggil seramai 23 pemain yang mana terdiri daripada campuran pemain yang beraksi di liga sekitar Asia dan juga liga di Eropah.
Baca Juga:
- Ini Sebab Faisal Halim Tidak Dipanggil Hadapi Pestabola Merdeka
- Senarai 26 Pemain Skuad Harimau Malaya Hadapi Pestabola Merdeka 2024
- Ultras Malaya Boikot Pestabola Merdeka 2024
Di posisi penjaga gol, Saintfiet memanggil bekas penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza dan pemain yang pernah beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL,) Neil Etheridge selain Patrick Deyto.
Di barisan pertahanan, Filipina memanggil salah seorang pemain import Perak, Jesper Nyholm dan beberapa pemain lain seperti Amani Aguinaldo, Jefferson Tabinas, Jesse Curran, Christian Rontini, Simen Lyngbe dan Paul Tabinas.
Di bahagian tengah, The Azkals membawa dua pemain yang beraksi di Major League Soccer (MLS) iaitu Michael Baldisimo dan Zico Bailey selain Justin Baas, John-Patrick Strauß, Oskari Kekkonen, Scott Woods dan Matthew Baldisimo.
Saintfiet memanggil lima pemain bagi mengisi bahagian serangan yang terdiri daripada pemain KL City, Patrick Reichelt, Jarvey Gayoso, Dylan Demuynck, Alex Monis dan Bjorn Martin Kristensen.
Filipina bakal memulakan bertemu Malaysia dalam perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024 iaitu Separuh Akhir pada Rabu, 4 September 2024, jam 9.00 malam. Satu lagi perlawanan Separuh Akhir menemukan Lubnan dan Tajikistan pada hari yang sama, jam 4.30 petang.
Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan bertemu di Final pada Ahad, 8 September 2024, jam 9.00 malam manakala dua pasukan yang tewas pada Separuh Akhir akan bertemu untuk perlawanan Penentuan Tempat Ketiga pada hari sama, jam 4.30 petang.