Pengurus Barcelona, Hansi Flick mendedahkan sebab beliau memilih untuk membawa Marcus Rashford bagi memperkuatkan skuad kendaliannya pada musim ini.
Rashford telah menyertai Barcelona secara pinjaman selama satu musim dan kelab gergasi Catalan itu mempunyai pilihan untuk menjadikan perpindahan tersebut kekal dengan nilai €30 juta (£26 juta/$35 juta).
Baca Juga:
- Ini Nasihat Bekas Pemain Barcelona Kelahiran England Buat Marcus Rashford

- ‘Here We Go’, Marcus Rashford Sertai Barcelona

- Ini Alasan Marcus Rashford Pilih Aston Villa Berbanding Barcelona

Flick mengakui bahawa beliau telah mengikuti perkembangan Rashford di Manchester United sejak sekian lama dan percaya bahawa pemain antarabangsa England itu mampu menyerlah di Barcelona.

Keyakinan itu disuarakan Flick walaupun prestasi Rashford merosot dalam beberapa musim terakhir di Old Trafford dan turut dipinjamkan ke Aston Villa pada pertengahan musim lalu.
Rashford telah membuat penampilan tidak rasmi pertamanya bersama Barcelona dalam aksi persahabatan pramusim menentang Vissel Kobe di Jepun minggu lalu di mana beliau beraksi selama 33 minit.

Hansi Flick Percayai Marcus Rashford
“Marcus adalah seorang pemain yang hebat. Saya telah mengikuti perkembangan beliau sejak bertahun-tahun, sejak awal kariernya bersama United.”
“Dia memiliki banyak kualiti dan kami berharap dia dapat menonjolkan kemampuan itu musim ini bersama pasukan,” ujar Hansi Flick menurut sumber laporan Goal.
Rashford berpeluang membuktikan kemampuannya pada aksi kedua apabila Barcelona akan menentang FC Seoul pada jam 7.00 malam ini. Beliau sekali lagi diletakkan di bangku simpanan.