Al-Ikhsan Sports melancarkan kempen Football Fever 2026 sebagai destinasi utama bagi peminat bola sepak sepanjang temasya Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Al-lkhsan menawarkan antara koleksi bola sepak terbesar di Malaysia, merangkumi kasut bola, jersi replika, kelengkapan latihan, aksesori serta koleksi khas
Piala Dunia daripada jenama-jenama sukan terkemuka dunia.
Baca Juga:
- Previu Kumpulan F Piala Dunia 2026: Samurai Biru Bawa Cabaran Asia

- Piala Dunia 2026 Jadi ‘Lubuk Emas’ RM193 Bilion, 7 Sektor Ini Bakal Senyum Lebar

- TM Umum Harga Pas Unifi TV Piala Dunia 2026, Siap Bagi Bonus 70 Saluran Premium Percuma

Football Fever 2026 membawa kemeriahan Piala Dunia lebih dekat kepada rakyat Malaysia menerusi pengalaman membeli-belah, aktiviti komuniti dan penglibatan digital yang direka khas untuk peminat bola sepak di seluruh negara.

Kempen ini dijalankan di 36 cawangan utama Al-lkhsan Sports dan Football Republic yang menampilkan rangkaian produk bola sepak paling lengkap, di samping lebih 100 cawangan Al-lkhsan Sports di seluruh Malaysia.
Pelanggan boleh menikmati World
Cup Retail Experience, sebuah pengalaman membeli-belah yang direka untuk
membawa suasana Piala Dunia ke dalam kedai.

Antara tarikan utama termasuk koleksi World Cup daripada jenama global terkemuka, pelancaran jersi baharu musim 2026/27 daripada kelab dan liga utama dunia, pelancaran produk dan koleksi bola sepak terkini, paparan bertemakan Piala Dunia, zon bola sepak dan pengalaman dalam kedai dan promosi dan aktiviti eksklusif sepanjang musim kejohanan.
Selain pengalaman runcit, Football Fever 2026 turut merangkumi pelbagai aktiviti digital dan komuniti termasuk Fantasy Football dengan hadiah terkumpul sebanyak 500,000 Al-Ikhsan Family Points, Spend and Win dengan hadiah utama bernilai RM10,000.00, jelajah di 10 lokasi seluruh Malaysia, kandungan digital dan kolaborasi podcast dan aktivasi bersama komuniti dan peminat bola sepak.