Fulham singkirkan Manchester United daripada pertandingan Piala FA di hadapan penyokong Red Devils sendiri di Old Trafford.
Skuad Fulham berjaya memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti.
Manchester United menelan satu lagi kekalahan di Old Trafford musim ini. Menjadikan markas mereka itu bukan markas kebal mereka.
Kedua dua pasukan terikat 1-1 untuk tempoh 120 minit perlawanan.
Fulham di hadapan menerusi Calvin Bassey.
BASSSEYYY!
Old Trafford is silenced as Calvin Bassey has his first FA Cup goal in his first-ever FA Cup game for @FulhamFC ⚪️#EmiratesFACup pic.twitter.com/VZZub4sUam
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 2, 2025
Gol itu kemudian disamakakan oleh Bruno Fernandes yang merembat masuk bola dengan first time shot yang kemas.
The technique to pull off this finish 🥵#EmiratesFACup pic.twitter.com/45LvKXZaZa
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 2, 2025
United berusaha mencari gol kedua namun sentiasa kecewa dengan penyudah yang lemah dan kerap hilang bola di sepertiga akhir padang.
Usaha Man United mahu mempertahankan kejuaraan milik mereka berkecai jua pada penentuan sepakan penalti.
Musim lalu United menjuarai Piala FA sebagai piala terakhir bersama Erik Ten Hag.
Fulham singkirkan Manchester United
Fulham singkirkan Manchester United setelah 2 pemain United, Victor Lindelof dan Joshua Zirkzee gagal dalam menyempurnakan penalti mereka.
Ini apabila sepakan kedua dua pemain itu berjaya diselamatkan penjaga gol Fulham, Bernd Leno.
Man United rasminya terlepas kesemua piala domestik musim ini. Satu satunya harapan mereka untuk mara ke eropah musim hadapan adalah dengan memenangi Liga Europa.
Ianya boleh menjadi piala pertama Ruben Amorim bersama dengan Manchester United.
Prestasi Man United di Liga Europa sangat berbeza dengan prestasi mereka di peringkat domestik.
Di mana di Eropah mereka lebih baik berbanding dengan prestasi mereka di peringkat domestik.
Ruben Amorim juga kelihatan semakin merasai tekanan sejak mengambil alih Man United.

Newcastle pun kalah
Dalam satu lagi aksi antara 2 kelab EPL, juga dalam aksi pusingan kelima Piala FA, Brighton berjaya menyingkirkan Newcastle dengan jaringan 2-1.
Gol kemenangan Brighton hadir pada minit ke-114 oleh Danny Welbeck.
Perlawanan kedua dua pasukan diheret ke masa tambahan 30 minit setelah terikat 1-1. Gol penalti Isak minit ke-22 berjaya diikat oleh Yankuba Minteh minit ke-44.
Aksi seterusnya
Selepas Fulham singkirkan Manchester United, skuad bimbingan Marco Silva itu akan berdepan Crystal Palace pada aksi suku akhir Piala FA.
Ini adalah jadual penuh suku akhir Piala FA Inggeris 2024/25.
The #EmiratesFACup quarter-final draw is complete 🏆
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 2, 2025