Kejohanan jemputan Futsal NSDF 2024 – Malaysia vs Afghanistan [24 Mac 2024, 5:30 petang]

Para peminat sukan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan futsal melibatkan skuad negara menerusi saluran rasmi yang disediakan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (Thai FA).

Baca Juga:

Untuk makluman, tiada siaran langsung di saluran TV tempatan dan ia akan disiarkan menerusi Live Streaming di laman web YouTube dan boleh ditonton secara percuma.

Siaran akan bermula pukul 5:30 petang waktu Malaysia.

Link siaran langsung Malaysia vs Afghanistan:

  1. Futsal Thailand (YouTube)

Kejohanan jemputan ini merupakan medan untuk skuad futsal negara kendalian Rakphol Sainetngam membuat persiapan rapi menjelang Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 pada 11 hingga 19 Mei nanti.

Lawan pertama Malaysia iaitu Afghanistan juga bukan calang-calang dan merupakan antara pasukan yang kuat di Asia serta berada di ranking 53 dunia.

Selain Afghanistan, turut menyertai kejohanan ini ialah tuan rumah, Thailand dan Australia. Mereka adalah pasukan yang bakal beraksi di Piala Futsal Asia 2024 yang bermula 17 April ini.

Ketiga-tiga negara ini berada di ranking yang lebih tinggi daripada Malaysia dan bakal memberikan pengalaman berguna kepada pemain dalam menentang pasukan yang kuat.

Tujuh pemain JDT dipanggil untuk memperkuatkan pasukan Malaysia bersama beberapa lagi pemain yang telah menujukkan prestasi baik dalam saingan Liga Futsal domestik.

Selepas kejohanan jemputan itu, skuad futsal Malaysia akan ke Ho Chi Minh untuk dua perlawanan persahabatan bertemu Vietnam yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 8 April.