Tujuh pemain pendahulu saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah terpilih untuk menyertai sesi latihan pusat skuad futsal Malaysia yang akan bermula esok.

Pemain yang dimaksudkan ialah Aiman Fikry Ramli (penjaga gol), Abu Haniffa Hassan, Mohamad Awalluddin Mat Nawi, Mohamad Danial Abdul Dain, Mohd Ridzwan Bakri, Mahadir Harahap Khairuddin dan Muhammad Saad Abdul Sani.

Baca Juga:

Baki sembilan pemain lain bagi melengkapkan senarai 16 pemain adalah Ahmad Harith Na’im Mohd Nasir, Hamdin Zarif Mahmun (Pahang Rangers), Muhammad Faris Haji Mohd Johan, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Muhammad Syawal Sabaruddin (Selangor), Syed Shahrul Niezam Syed Abdul Rahim (Terengganu) dan Muhammad Hikmal Firdaus Muhammad Darul Ridzuan dari Sabah.

Seramai lima pemain berada dalam senarai bersedia sekiranya terdapat pertukaran perlu dilakukan Rakphol.

Panggilan latihan pusat pertama bagi tahun 2024 itu adalah sebagai persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Futsal AFF di Bangkok pada 11 hingga 19 Mei nanti.

Sehubungan dengan persiapan tersebut, skuad kendalian Rakphol Sainetngam itu akan terbang ke Bangkok dengan lebih awal untuk menyertai kejohanan jemputan NSDF yang turut disertai Thailand, Afghanistan dan Australia pada 24 hingga 28 Mac ini.

Lebih menarik, ketiga-tiga negara tersebut berjaya mara ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2024 dimana turut akan diadakan di Bangkok.

Selepas kejohanan jemputan itu, skuad futsal Malaysia akan ke Ho Chi Minh untuk dua perlawanan persahabatan bertemu Vietnam yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 8 April.