Kelab gergasi saingan futsal tanah air, Pahang Rangers turut menepis dakwaan yang mengatakan seteru utama, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melakukan salah salah laku dalam usaha memancing pemain mereka.

JDT yang dua kali tewas di perlawanan akhir bertemu Pahang Rangers dikatakan berminat untuk membawa masuk pemain kelab tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun seperti dilaporkan semalam, terdapat dakwaan mengatakan JDT seolah-olah menghasut pemain tersebut untuk melakukan perkara yang boleh menyebabkan pemain keluar secara percuma.

Sehubungan dengan itu, Pahang Rangers mengakui ada perbincangan sedangan dilakukan bersama JDT dan turut mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook pasukan yang menafikan unsur-unsur yang didakwa itu.

“Pihak Pahang Rangers (PRFC) sedang dalam perbincangan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengenai pemindahan beberapa pemain futsal menjelang MPFL 2024.”

“PRFC telah menerima pertanyaan rasmi dari The Southern Tigers dan PRFC, termasuk Presiden kelab, Yang Amat Mulia Tengku Fahad Mua’adzam Shah, telah berunding secara langsung dengan pihak pengurusan tertinggi JDT untuk mencapai persetujuan yang memuaskan kedua-dua pihak.”

“Kami dengan tegas menafikan tuduhan dari pihak tertentu yang mengandaikan adanya taktik kotor dalam perkara ini, dan pemain-pemain tersebut telah bertindak mengikut cara mereka sendiri tanpa sebarang nasihat dari JDT dan PRFC, yang telah mengikuti saluran yang betul.”

Selaku juara bertahan, Pahang Rangers juga pasti mahu mengekalkan skuad terbaik dimiliki kerana perlu menghadapi Piala Futsal Kelab AFF 2024.

Manakala JDT juga dalam usaha untuk membawa masuk pemain terbaik bagi merealisasikan impian untuk menjulang trofi yang diperkenalkan pada 2019 itu.