Pernah tak anda buka TikTok atau Instagram, scroll punya scroll, alih-alih muka depan FYP penuh dengan gadget yang sama?
Minggu ni keluar peranti A, minggu depan pun peranti A juga yang lalu. Kadang-kadang sampai rasa macam kena pukau pun ada. Tangan tu dah gatal sangat nak tekan butang ‘Add to Cart’.
Tapi anda kena ingat, bukan semua benda yang viral tu betul-betul berbaloi untuk duit poket kita.
Ada yang memang life-changer, dan jujurnya, ada yang sekadar hangat-hangat tahi ayam, indah khabar dari rupa!
Daripada anda membazir duit gaji bulan ni, jom kita filter siap-siap. Ini senarai gadget viral beserta model spesifik yang betul-betul padu untuk masuk troli dan mana satu yang anda patut skip tanpa toleh belakang!
Masuk Troli: Gadget yang betul-betul ‘Function’
Mini Projector Mudah Alih (Bawah RM300)

Kalau FYP anda penuh dengan video bilik estetik acah-acah tengok Netflix kat dinding, yang ini lulus.
Berbanding beli TV besar yang mahal dan makan ruang, mini projector sekarang dah makin murah dan kualiti gambar pun makin mantap.
Anda boleh bawa masuk bilik, bawa pergi berkhemah atau pasang di siling sambil baring.
- HY300 Smart Projector: Ini antara yang paling keras ‘berhantu’ kat media sosial. Reka bentuk boleh pusing 180 darjah, dah siap ada Android built-in, jadi korang boleh terus buka Netflix atau YouTube tanpa perlu sambung laptop.
- Wanbo T2 Max: Rekaan kompak dan estetik ala-ala retro. Kualiti warna dan pembesar suara speaker dia memang dipuji ramai untuk kategori harga bajet.
- AUN Mini Series: Terkenal dengan jangka hayat lampu yang tahan lama dan mesra pengguna, sesuai untuk korang yang baru pertama kali nak merasa ada home cinema sendiri di rumah.
Label Maker Bluetooth

Mula-mula tengok macam tak ada motif, tapi bila dah beli, satu rumah anda nak label!
Saiznya kecil gila, tak pakai dakwat guna teknologi dan boleh design tulisan sendiri pakai aplikasi dekat telefon.
Sangat memuaskan hati ‘satisfying’ bak kata orang putih bila tengok dapur atau meja kerja tersusun rapi dengan label tersendiri.
- Niimbot D11 / D110: Raja segala label maker viral. Saiz sebesar powerbank, guna sambungan bluetooth, dan aplikasi dia ada beratus font serta ikon comel secara percuma.
- Phomemo D30: Pencetak label minimalis yang sangat ringan. Paling best, kertas label dia ada banyak variasi daripada warna pastel sampailah yang bercorak kartun.
- Brother P-touch Cube: Kalau korang ada bajet lebih dan nak label gred industri yang kalis air serta tahan lasak untuk jangka masa panjang.
Skip: Indah Khabar Dari Rupa Buat Rugi Duit!
Kipas Leher Elektronik Yang ‘Bulky’

Kononnya penyelamat waktu cuaca panas terik kat Malaysia ni. Tapi realitinya, kipas jenis ni biasanya bising gila telinga anda bila pasang speed maksimum.
Dah lah berat kat leher, kalau rambut panjang, ada risiko tersangkut pulak tu. Paling haru, angin yang keluar tu sebenarnya angin panas juga kalau anda duduk bawah matahari.
- Kipas Leher Tanpa Bilah OEM (RM15-RM25): Yang jenis plastik murah berlambak kat kedai oren/biru. Biasanya bateri cepat kong, angin suam, dan bunyi motor dia macam enjin bot tepi telinga.
- Lazy Neck Fan Jenis Gantung: Jenis yang ada dua kipas bulat boleh lentur tu. Nampak lawak bila pakai, berat, dan kalau rambut korang panjang, memang ‘pucat muka’ kalau tersangkut dalam bilah kipas.
- Blueless Neck Fan Tiruan Murah: Kononnya tiru reka bentuk premium, tapi lubang angin dia selalu tersumbat dengan peluh dan habuk, buatkan ia cepat rosak dan berbau.
Beli je kipas genggam handheld mini fan daripada jenama seperti Jisulife. Lagi murah, angin lagi kuat dan praktikal!
Blender Mini USB Yang ‘Acah-Acah’ Power

FYP tunjuk influencer campur strawberi, pisang, ais, pastu zasss terus jadi smoothie premium dalam masa 10 saat.
Jangan terpedaya! Kebanyakan blender mini yang dicas guna USB ni tak cukup power nak hancurkan ais batu yang keras. Silap-silap pisau dia tersangkut, terus motor dia terbakar.
Akhirnya, ia sekadar tersadai kat dapur buat semak mata je.
- Juicer Cup OEM 6-Blades (RM20-RM30): Rupa luaran nampak premium dengan warna pink atau hijau pastel, tapi bila masuk ais batu terus ‘jem’ dan bateri cepat mati walaupun baru lepas cas penuh.
- Portable Blender Botol Kaca Tiruan: Nampak estetik sebab pakai botol kaca, tapi motor kat bawah tu sangat berat dan kuasa putaran (RPM) dia tersangat lemah. Nak hancurkan epal pun kena potong sekecil dadu dulu.
- Mini Wireless Smoothie Maker Tanpa Jenama: Butang suis dia selalu buat hal kadang-kadang tak boleh tekan, kadang-kadang berpusing sendiri tak boleh henti.
Sebelum anda check out mana-mana gadget viral, pastikan anda baca ruangan komen dan ulasan pembeli yang ada gambar atau video sebenar.
Jangan tertipu dengan video estetik 15 saat semata-mata!
Jadi, gadget mana yang tengah menghantui FYP anda sekarang ni?
Cuba kongsi sikit, mana tahu kami boleh tolong ‘racun’ atau tolong ‘selamatkan’ dompet anda daripada hangus!