Jika ke kedai kosmetik, mesti tangan anda akan kotor kerana mencuba pelbagai jenis kosmetik bagi memastikan ia sesuai dengan wajah anda, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @unbiden telah berkongsi sebuah video di TikTok memaparkan dirinya di sebuah kedai kosmetik.

Baca Juga:

@unbiden

Some tips and tricks I got from XHS (@夹心苍苍). Use this for your next makeup shopping spree #makeuptips #sephorasg

♬ 50 Feet – SoMo

Menerusi video terbabit, dia telah berkongsi beberapa tips untuk mencuba ‘tester’ produk kosmetik agar memudahkan anda mencari alat solek yang sesuai seperti meletakkan pembayang mata pada jari dan banyak lagi tips dikongsikan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali wanita dan rata-rata netizen berterima kasih kepada pemilik video kerana berkongsi ilmu baru berkaitan cara cuba ‘tester’ produk kosmetik di kedai kosmetik.

Susulan itu, ada juga netizen yang mengatakan tidak sabar untuk cuba saranan gadis tersebut dan ada juga yang mengatakan cara cuba lipstik itu tidak sesuai.