Rambut dreadlock yang mencecah buku lali menjadi kelebihan dan juga ‘masalah’ buat penyerang Anguilla, Aedan Scipio.
Pemain berusia 36 tahun itu memiliki dreadlock yang begitu panjang sehingga dia perlu menggunakan ikatan di bahagian pinggang untuk memastikan rambutnya sentiasa terikat pada tubuh ketika bermain.
Malah dia kini adalah pemain bola sepak dengan rambut paling panjang.
Meet Aedan Scipio, the footballer known for having the longest hair in the game. 😅 pic.twitter.com/o0sZyjc3g0
— Football Talk (@FootballTalkHQ) January 7, 2025
Namun, rambut luar biasanya itu mencetuskan dua insiden pelik ketika Anguilla berdepan Antigua dan Barbuda dalam aksi Concacaf Nations League di Stadium Sir Vivian Richards.
Scipio masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-69 ketika Anguilla sudah ketinggalan 0-5.
Hanya tiga minit selepas berada di atas padang, rambut Scipio menjadi punca pemain lawan dilayangkan kad merah terus.
Keon Greene menarik dreadlock Scipio dan pengadil terus mengeluarkan kad merah kepada pemain Antigua dan Barbuda itu.
Lebih pelik, insiden sama berulang pada masa kecederaan. Di mana seorang lagi pemain Antigua dan Barbuda menarik rambut Scipio dan terus menerima kad merah.
Zápas Ligy národů Antigua a Barbuda – Anguilla. Hosté prohrávali 0:5, když se za ně v 69. minutě dostal na hřiště Aedan Scipio.
A právě jeho dredy sahající téměř až k zemi přispěly k vyloučení dvou hráčů soupeře.😂😂 pic.twitter.com/eaAVj8YF71
— Sporťák (@SportakCZ) September 27, 2026
Antigua dan Barbuda akhirnya bermain dengan hanya sembilan pemain selepas Shalon Knight menarik dreadlock Scipio dari belakang sehingga penyerang Anguilla itu terjatuh.
Dalam satu perlawanan, dua pemain lawan dibuang padang kerana menarik rambut seorang pemain.
Scipio dan Anguilla ketika ini berada di kedudukan ke-210 ranking FIFA, hanya satu tangga di atas San Marino yang merupakan pasukan paling bawah dalam ranking dunia.
Anguilla’s Aedan Scipio played the final 21 minutes of their Concacaf Nations League match against Antigua and Barbuda.
Scipio had his hair pulled twice, with both players receiving red cards. It was of little consequence, however, as Antigua and Barbuda were already leading 5-0… pic.twitter.com/fY1yhTZlHW
— ESPN FC (@ESPNFC) September 27, 2026