Kritikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, terhadap kurangnya tindakan negara Barat terhadap kekejaman Israel di Gaza telah meraih pujian dan sokongan padu dari individu berpengaruh di seluruh dunia.
Anwar menegaskan bahawa sejarah tragedi Palestina tidak boleh dilupakan dan mendesak agar tindakan dilakukan untuk mengakhiri sikap selektif Barat terhadap konflik tersebut.
Baca Juga:
- Kelab Di Indonesia Ini Gunakan Nama Israel FC
- Pekerja Mengamuk Selepas Google Setuju ‘Sponsor’ Israel
Anwar sebelum ini menarik perhatian dunia apabila beliau mengkritik negara-negara Barat atas kurangnya tindakan mereka terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Israel di Gaza.
Menerusi Berita Harian, kritikan beliau mendapat sokongan meluas daripada individu berpengaruh di pelbagai bidang, termasuk sukan, media, dan politik.
Antara ini pujian dan sokongan yang diterima olehnya adalah dari Sonny Bill Williams, bekas bintang ragbi All Blacks, yang menyatakan pandangannya di media sosial.
“Where have we thrown our humanity? Why this hypocrisy?”
During a joint press conference on 11 March, Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim criticised Western countries for their stance on Israel’s war on Gaza, after his German counterpart, Chancellor Olaf Scholz, emphasised… pic.twitter.com/QtExvg5mcV
— TRT World (@trtworld) March 14, 2024
Williams melihat pentingnya mengingati sejarah tragedi Palestin sejak NAKBA (malapetaka besar) 1947-48 dan menyokong kritikan Anwar terhadap situasi di Gaza.
Pendapat Williams disertai oleh reaksi yang serupa dari individu berpengaruh lainnya.
Mehdi Hasan, seorang wartawan terkenal asal British-Amerika, menggambarkan pandangan Anwar seperti mewakili suara majoriti masyarakat dunia yang mempertahankan hak-hak rakyat Palestin.
Reaksi serupa juga datang dari Arnaud Betrand, seorang wartawan Perancis yang menggambarkan pendirian Anwar sebagai “memuaskan dan harus ditonton.”
Selain itu, Maher Zain, penyanyi dan penulis lagu terkenal berketurunan Lubnan dari Sweden, menyatakan penghargaannya kepada Anwar melalui platform media sosial.
Pentingnya kritikan Anwar juga diakui oleh Bruno Macaes, seorang ahli politik dan pengarang dari Portugal.
Macaes menggambarkan pandangan Anwar sebagai menakjubkan dan menunjukkan wujud perubahan dalam pandangan dunia terhadap konflik Israel-Palestina.
Anwar sendiri menegaskan bahawa penyelesaian terhadap konflik tersebut tidak dapat dicapai dengan sikap berat sebelah dan meminta tindakan yang adil untuk mengakhiri kekejaman terhadap rakyat Gaza.
Beliau mengkritik dasar dan sikap Israel terhadap rakyat Palestin sebagai punca utama konflik yang berterusan.