Sebuah gerai burger telah mengambil inisiatif yang boleh dianggap menarik serta unik dengan menawarkan ‘Burger Zinger Crispy’ percuma kepada ibu mengandung pada setiap hari Jumaat.

Sudah mempunyai 17 cawangan di seluruh negeri Perak, Wan Alif Burger mengambil inisiatif sedemikian bertujuan untuk memberikan sokongan kepada ibu-ibu mengandung ini.

Baca Juga:

Di samping itu, ia juga secara tidak langsung dilihat sebagai salah satu cara mereka menghargai peranan penting golongan ini dalam kalangan masyarakat.

Malah, ia secara tidak langsung dapat menceriakan ibu-ibu mengandung tersebut dengan pemberian secara percuma ini.

Promosi hebat buat ibu-ibu mengandung daripada Wan Alif Burger
Memang menarik sungguh nampaknya.

Dengan adanya inisiatif seperti ini, gerai ini bukan sahaja menawarkan hidangan yang lazat, tetapi juga menunjukkan keprihatinan terhadap kesejahteraan ibu mengandung dalam komuniti setempat.

Selain daripada Zinger Crispy Burger, gerai ini turut menawarkan pelbagai jenis burger lain yang menarik untuk dinikmati seisi keluarga.

Cara untuk menebus burger percuma ini juga sangat mudah apabila ibu mengandung boleh datang ke salah satu cawangan terdekat dengan membawa kad pengenalan serta kad ‘pink’ (Rekod Kesihatan Ibu).

Jadi, bagi ibu mengandung di Perak khususnya, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Zinger Crispy Burger secara percuma setiap hari Jumaat.

Selain pemberian burger percuma kepada ibu mengandung, Wan Alif Burger turut memberikan peluang untuk memberikan infak hari Jumaat di masjid-masjid pilihan pembeli.

Berikut merupakan cawangan-cawangan yang boleh anda kunjungi:

1) Kampung Tersusun Tasik (Bercham)

2) Taman Bercham Raya (Taman Perpaduan)

3) Medan Gopeng

4) Station 18

5) Ipoh Jaya

6) Tasek Jaya

7) Klebang Putra

8) Klebang Restu

9) Fair Park

10) Bukit Jana, Taiping

11) Taman Mewah, Taiping

12) Aulong, Taiping

13) Air Kuning, Taiping

14) Kampung Expo, Taiping

15) Seri Iskandar