Legenda Liverpool, Steven Gerrard memberikan saranan jelas kepada pengurusan tertinggi kelab tersebut selepas Mohamed Salah sah akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini.

Menyertai Liverpool kira-kira sembilan tahun lalu, Salah telah memenangi kesemua kejuaraan utama bersama The Reds dan sudah tiba masa buatnya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, Gerrard yang pernah memenangi kejuaraan UEFA Champions League (UCL) 2004/05 bersama Liverpool melihat pasukan tersebut perlu berbelanja besar untuk mendapatkan pengganti Salah.

 Gerrard
Kredit Foto: News Images / NurPhoto via AFP

Gerrard melihat pemergian Salah memberikan kesan besar terhadap Liverpool bersandarkan kepada sumbangan hebat dicurahkannya selama ini.

Membuat 435 penampilan sepanjang menyarung jersi Liverpool, Mohamed Salah telah meledakkan 255 gol. Satu statistik yang menjadikannya sebagai penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah sepanjang zaman buat Liverpool.

Beliau juga telah menjadi penjaring terbanyak English Premier League (EPL) sebanyak empat kali.

AFCON 2025
Kredit Foto: Paul ELLIS / AFP

Nasihat Gerrard Buat Pengurusan Liverpool

“Kalau nak ganti dia, anda kena beli pemain yang ‘box office’, kalau tidak memang takkan boleh gantikan dia,” jelas Gerrard menurut sumber laporan Goal.

“Mereka [pemain] kena berada di tahap paling tinggi. Sekurang-kurangnya dalam kelompok tiga atau empat pemain sayap terbaik dunia untuk menggantikan Salah, sebab itulah tahap yang Mo dah capai sekarang.”

Ketika ini, angin bertiup kencang mengaitkan Salah dengan saingan Liga Saudi Pro League dan Major League Soccer dimana dua liga tersebut berjaya menampilkan legenda hebat, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Sumber