Peserta dari Sabah iaitu Kiki berjaya merangkul gelaran juara dan memenangi Anugerah Persembahan Terbbaik dalam Pertandingan Akhir Bintang Kecil 2023 semalam.
Akan tetapi, netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dengan gandingan hos Azam Pitt dan Sweet Qismina. Dapat dilihat, Sweet salah mengumumkan nama pemenang bagi kategori Anugerah Persembahan Terbaik ketika upacara penyampaian hadiah berlangsung.
Baca Juga:
- Terima Perkenan Yang di-Pertuan Agong Untuk Bergambar, Netizen Sebak Lihat Reaksi Adik Ammara
- Tampil Dengan Gimik Unik, Warga Indonesia Kongsi Detik Siaran TV Analog Dipotong Secara ‘Live’
- Gadis Tular Isi Minyak Diesel Pada Kereta Vios Dakwa Ia Hanya Gimik Sahaja
@lanyishak Harap di perbaiki di masa akan datang.. #kemuncakbintangkecil2023 #tenangisgood #bahagiacarakita
Malah, gimik dilakukan pihak produksi mengumumkan nama pemenang dilihat tidak masuk akal terutama sekali apabila peserta lain yang tidak memenangi pertandingan tersebut dikatakan pemenang dan terlihat jelas betapa kebahagian peserta itu bertukar duka sekelip mata.
Sweet sebagai pengacara telah meminta maaf secara ‘live’ dan mengaku dirinya sedang gementar membaca keputusan. Susulan itu, rata-rata netizen juga mengecam pihak produksi kerana melakukan gimik yang tidak masuk akal seperti itu.
https://twitter.com/Nadhirahasari21/status/1698356028579192860
Kaliamak apala gimik Kemuncak Bintang Kecil 2023 ni? Kesian budak naib juara bagi fake hope, terguling dia ingtkan dia menang.. budak kecik kot
— Amirul Fahmi (@amirulfahmis) September 3, 2023
Nak umum Johan tu tak perlu laa gimik.. kesian Adik Farha #bintangkecil2023
— azlin alias (@ladyylyn) September 3, 2023
Para netizen turut berpendapat bahawa tidak sewajarnya hal itu terjadi dan hal ini sebenarnya akan memberikan kesan kepada emosi peserta itu yang masih lagi kanak-kanak.