Gol yang dihasilkan oleh tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim ketika menentang Korea Selatan pada aksi Piala Asia 2023 berpotensi dicalonkan ke Anugeras Puskas FIFA.

Jaringan itu dilakukan pada minit ke 51 selepas Faisal memperdayakan bintang Bayern Munich, Kim Min Jae sebelum melakukan percubaan menarik yang menewaskan penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyerahkan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk mencalonkan jaringan terbabit kerana badan induk bola sepak Asia itu merupakan penganjur kejohanan Piala Asia di Qatar.

“Kita serahkan kepada AFC sama mereka mahu mencalonkan jaringan itu atau pun tidak kerana kejohanan ini (Piala Asia 2023) adalah pertandingan mereka, jadi mereka lebih tahu.

“Kita menyambut baik sebarang keputusan yang diambil oleh AFC, sekarang kejohanan masih berlangsung,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman kepada Harian Metro.

Gol tersebut turut mendapat pujian daripada beberapa media antarabangsa di laman sosial yang berpendapat ia adalah jaringan berkualiti dalam saingan Piala Asia 2023.

Malah, kebanyakan peminat bola sepak bersetuju gol bertaraf dunia itu layak dicalonkan untuk Anugerah Puskas.

Sebelum ini, Malaysia pernah memenangi Anugerah Puskas FIFA menerusi jaringan sepakan percuma lencong Faiz Subri pada tahun 2016.

Kebiasaannya, FIFA mencalonkan 10 jaringan terbaik dan ia akan diundi oleh peminat bola sepak dari seluruh dunia untuk menyenarai pendek tiga gol yang paling menarik.