Korea Selatan cemerlang menewaskan Czechia 2-1 pada aksi pembukaan selepas melakukan kebangkitan daripada ketinggalan 1 gol.

Di sebalik kisah kemenangan itu, netizen segera teringat gol Faisal Halim ke atas Korea Selatan beberapa tahun lalu ketika melihat gol penyamaan oleh Oh Hyeon-Gyu pada minit ke-80.

Hyeon-Gyu menerima hantaran In-Beom dan segera melakukan satu half turn yang memperdaya pertahanan dan penjaga gol Czechia. Hyeon-Gyu kemudian melakukan percubaan kemas ke gawang terbuka.

Netizen segera menganggap gol itu mirip gol Faisal Halim ke atas Korea Selatan satu ketika dahulu.

Di mana Faisal Halim turut melakukan turn dan memperdaya pertahanan dan penjaga gol Korea Selatan ketika aksi Piala Asia 2023.

Faisal telah menjaringkan gol tersebut pada minit ke-51 untuk mengikat perlawanan selepas pasukan Korea Selatan menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-21.

@_nfk_

1st Goal Faisal Halim side view Malaysia Vs Korean Asean Cup 2023 #fyp #faisalhalim #aseancup2023 #hm #harimaumalaya #1stgoal #korean #fifa #fifamatchday #puskasaward

♬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Jung Kook & BTS

Ianya antara aksi terbaik Faisal Halim bersama skuad kebangsaan.

Perlawanan hari itu berakhir dengan keputusan 3-3. Gol Faisal Halim itu dari kedudukan lebih sukar atau lebih ‘tight angle’ berbanding gol Hyeon-Gyu.

“Belajar dari Faisal Halim ni” tulis seorang peminat.

Gol Faisal Halim itu memang ikonik. Dan ia dinobatkan sebagai Gol Tercantik Piala Asia 2023.

Gol Pertama Korea Selatan Persis Gol Faisal Halim Lawan Mereka Dulu - Netizen