Umum mengetahui bahawa acara Good Vibes Festival dibatalkan susulan insiden yang ditimbulkan oleh band dari UK, The 1957 dan hal tersebut telah mengundang kemarahan pelbagai pihak.
Susulan pembatalan tersebut, penyanyi Kid Laroi yang telah tiba di Malaysia berasa hampa dan terbaharu, video Kid Laroi membuat persembahan akustik di lobi hotel Sama-Sama yang menjadi lokasi penginapan artis undangan dari luar negara tular di media sosial.
Baca Juga:
- Hilang Peluang Jualan Dan Terpaksa Tanggung Kerugian, Vendor Makanan Kecewa Good Vibes Festival Dibatalkan
- Noel Gallagher Berpendapat Muzik Kumpulan The 1975 ‘Sampah’ Dan Tidak Rock
- The 1975 Kena ‘Banned’, Ibu Vokalis Bangga Anaknya Pertahankan Komuniti LGBT Di Malaysia
@
@ibukperik stan harder #TheKidLaroi #goodvibesfestival2023 #GVF2023 #fyp #concert #show #live
Menerusi perkongsian TikTok beberapa peminat yang hadir sewaktu persembahan tersebut, Kid Laroi dilihat santai sambil menyampaikan beberapa buah lagu popular miliknya seperti “Stay” & “Without You”.
Kid Laroi tampil sederhana dengan seluar pendek dan baju kemeja serta topi ketika membuat persembahan percuma di lobi hotel yang dihadiri lambakan peminat dan pengunjung hotel berkenaan.
Video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terharu kerana Kid Laroi sanggup membuat persembahan secara percuma untuk mengubati kekecewaan peminat.
Malah, para netizen yang berada di situ tidak menyangka dapat melihat penyanyi tersebut secara dekat dan merasakan ia satu pengalaman cukup istimewa.