GX Bank Berhad (GXBank) kini menjadi bank digital pertama yang menerima pengesahan oleh Bank Negara Malaysia untuk memulakan operasi secara rasmi di Malaysia.

GXBank merupakan salah satu penerima lesen bank digital di Malaysia, yang mana ia diterajui oleh Grab. GXBank dijangka menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana, selain individu.

Baca Juga:

Tambahan pula, bank digital ini bakal menyokong keperluan pengguna menerusi pelbagai saluran seperti aplikasi mudah alih dan khidmat pelanggan 24/7 melalu pelbagai platform.

Sumber Gambar: The Star

GXBank diterajui oleh Pei Si Lai sebagai CEO, dan dikatakan mempunyai lebih 95% tenaga kerja Malaysia dari pelbagai sektor melibatkan teknologi dan kewangan.

Dengan penerimaan pengesahan ini, kita mungkin melihat GXBank memulakan operasi kepada umum tidak lama lagi.

Selaras dengan pengumuman ini, GXBank akan memulakan ujian beta untuk aplikasi mereka melibatkan sejumlah kecil pengguna terlebih dahulu iaitu petugas mereka dan kemudiannya bakal diperluaskan kepada pengguna biasa dalam skala besar secara berperingkat.