Peledak berbisa, Erling Haaland bergurau bahawa Pep Guardiola pasti telah membuatkan ‘beberapa pengurus Fantasy Football kecewa’ selepas mengeluarkannya ketika kemenangan 3-1 Manchester City ke atas Bournemouth.

Sudah menjaringkan dua gol dan Haaland memburu hatrik pada perlawanan di Etihad itu, Guardiola bertindak mengeluarkan penjaring terbanyak itu ketika aksi memasuki minit ke-82 dengan memasukkan Omar Marmoush.

Baca Juga:

Haaland Fikirkan Tentang Pengurus Fantasy Football

Dengan nada berseloroh, Haaland mengakui tidak gembira dengan tindakan diambil pengurusnya itu kerana beliau bernafsu besar untuk menambah jaringan ketiga peribadi.

“Kemenangan yang penting. Bagus untuk bangkit semula selepas tewas dalam perlawanan di tempat lawan yang buruk.”

“Ia satu perasaan yang menyenangkan. Saya cuba untuk menyumbang kepada pasukan dengan melakukan tugas saya,” ujar Haaland menurut sumber laporan Goal.

“Bagus bila kami menang. Kini ada dua lagi perlawanan penting yang akan datang, jadi kami perlu terus fokus. Saya tidak menjaringkan gol dalam perlawanan sebelum ini. ”

“Saya hanya cuba bantu pasukan untuk menang. Itu matlamat saya, sama ada dengan menjaringkan gol atau membantu dalam perebutan bola, ia tidak penting. Saya mahu membantu pasukan menjadi lebih baik, itulah tugas saya.”

Apabila ditanya tentang dikeluarkan ketika sedang memburu hatrik, beliau menjawab sambil bergurau:

“Mungkin ada beberapa pengurus Fantasy Football [merujuk kepada Fantasy Premier League] yang tidak begitu gembira dengankeputusan yang diambil!”

Sumber