Pakar keselamatan siber memberi amaran Penggodam semakin giat mensasarkan sektor automotif Malaysia yang sedang berkembang pesat.
Menurut dalam satu laporan baharu yang membangkitkan kebimbangan terhadap kelemahan yang berisiko kecurian data melalui telefon yang disambungkan kepada papan pemuka digital kenderaan, petik South China Morning Post.
Baca Juga:
- Mahu Kejar Teknologi EV China, Honda Dan Toyota Cipta Sistem Operasi Bersama

- Perkhidmatan Grab EV, EV Lounge Pertama Kini Ditawarkan Di KLIA

- ‘Kereta Elektrik Yang Terbaik’ – Tun Mahathir Pandu, ‘Review’ Proton e.MAS 7

Sebagai hab utama pembuatan automotif di Asia Tenggara, Malaysia telah menarik pelaburan bernilai sekitar RM26 bilion (AS$6.15 bilion) dalam sektor kenderaan elektrik (EV) sejak 2018.
“Rangkaian pembekal, pengeluar dan penyedia perkhidmatan automotif yang luas di Malaysia turut mendedahkan organisasi kepada kelemahan dalam rantaian bekalan siber,” kata Jeremy Moke, pengarah kanan Ensign Infosecurity Malaysia kepada This Week in Asia.
Salah satu kelemahan melibatkan penyerang memintas data sensitif daripada peranti mudah alih yang disambungkan ke sistem infotainmen kenderaan yang telah dikompromi, melalui platform popular seperti Apple CarPlay dan Android Auto.
Malaysia jadi sasaran baharu
“Sektor automotif dan mobiliti kini muncul sebagai sasaran baharu di Malaysia.
“Perkembangan pesat kenderaan moden yang mengintegrasikan sistem pengkomputeran, perisian, dan infrastruktur sokongan yang kompleks mewujudkan lebih banyak titik kelemahan,” kata Moke.
Laporan Ensign meletakkan sektor automotif di belakang sektor awam, telekomunikasi, hospitaliti dan perbankan dalam senarai industri yang paling terdedah kepada serangan siber.
Laporan itu juga mengetengahkan ancaman yang sedang meningkat terhadap infrastruktur penting negara, termasuk tenaga dan utiliti, serta sektor pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang.
Pada masa sama penggodam kini bukan sahaja semakin bertambah dari segi jumlah dan kemahiran teknikal, malah semakin kerap bekerjasama dengan sindiket jenayah terancang dan pelaku yang mempunyai kaitan dengan negara.
Menurut kajian tersebut, pakatan seperti ini telah mengaburkan garis pemisah antara serangan siber yang didorong oleh ideologi dan serangan yang bermotifkan keuntungan komersial atau kegiatan pengintipan.
“Ekosistem siber bawah tanah hari ini menyuburkan persaingan dan kerjasama secara serentak, sekali gus meningkatkan keberkesanan dan kadar kejayaan serangan siber secara ketara,” kata Moke.