Penyanyi kacak yang Hael Husaini menyatakan dia tidak sudah membuat kajian dahulu sebelum bersetuju dengan judul lagu terbarunya Celaka.

Judul lagu Celaka telah mengundang banyak kritikan kerana dianggap menggunakan kata kata kesat.

Baca Juga:

Menurut Hael perkataan celaka selama ini telah lama disalah anggap oleh masyarakat dengan menganggap ia sebagai perkataan kasar dan kesat.

Hael menjelaskan, celaka sebenarnya membawa maksud musibah atau tragedi.

Bercakap kepada Mstar Online, Hael Husaini menegaskan bahawa dia sudah membuat kajian teperinci tentang perkara itu. Sambil menegaskan bahawa dia tahu akan batasan sesuatu perkara.

“Ramai salah salah faham tentang perkataan celaka ini dalam kehidupan seharian.

“Kecelakaan atau celaka bermaksud malang. Dalam penggunaan berita juga menggunakan perkataan tersebut bagi mencantikkan ayat,” tegas Hael.

Akhir sekali Hael Husaini meminta maaf jika perkataan celaka tersebut menyinggung perasaan mana mana pihak.

“Saya minta maaf jika perkataan itu agak kasar, tapi cuba kita fikir dalam konteks berbeza, sebab perkataan itu bukan perkataan kesat,”  jelas beliau lagi.

Hael tidak berniat langsung menujukan perkataan celaka untuk mencaci orang lain. Sebaliknya dalam lagu tersebut ditujukan kepada diri sendiri. Kerana manusia akan ada perasaan di mana mereka merasakan ada hari hari yang mereka rasa malang.

Lantas Hael berharap peminat lebih terbuka untuk menerima kepelbagaian penggunaan bahasa di dalam lirik lagu untuk mengubah industri muzik tempatan.