Hakim Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, mengingatkan semua pihak agar agar tidak ulas tentang kes video tak senonoh Hot Daddy dengan ramai wanita kerana itu boleh memprejudiskan kesnya.

Amaran itu turut diberikan kepada Hot Daddy dan dua lagi teman wanitanya, di mana mereka dilarang membuat kenyataan berkaitan kes itu.

Baca Juga:

Pihak pembelaan turut diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau mengulas tentang kes tersebut di luar mahkamah.

Ini kerana menurut hakim, tindakan ulas kes Hot Daddy itu boleh menimbulkan banyak persepsi di kalangan media atau orang awam sebelum perbicaraan sebenar dijalankan.

Hakim, Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah berkata demikian setelah mendengar pendakwaan ke atas Hot Daddy yang melakukan pengiklanan perkhidmatan persundalan.

Dipetik dari Sinar Harian, hakim berkata: “Saya ingatkan semua pihak tidak boleh buat kenyataan berhubung kes yang sedang berlangsung.

“Ia boleh menyebabkan subjudis kepada kes yang dijalankan,” katanya selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latif membangkitkan isu tersebut.

“Ini akan menimbulkan persepsi dan subjudis (berat sebelah) yang menyebabkan perbicaraan luar mahkamah dibuat oleh golongan media dan orang awam,” tambah Fadzlin lagi.

Sebelum ini Hot Daddy ditahan kerana kegiatan gigolo dan persundalan. Dia kemudian dibebaskan atas jaminan polis sementara menunggu perbicaraan.

Ketika dalam tempoh jaminan tersebut, dia telah menimbulkan ketegangan sekali lagi di media sosial apabila dijemput ke satu sesi podcast. Namun tidak lama selepas itu pihak penerbit podcast menafikan mereka mahu mengadakan sesi bual bicara itu, cuma beramah mesra sesama rakan.

Hot Daddy turut membuat penafian yang sama.

Kemudian, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menegur rakyat Malaysia yang ibarat melayan Hot Daddy seperti seorang selebriti dan idola.

Mereka berebut rebut mahu bergambar kenangan dengannya, dan itu dikhuatiri akan mempengaruhi keruntuhan nilai moral dalam masyarakat.