Datuk Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi FINAS yang baharu. Ianya selepas pengerusi terdahulu, Datuk Kamil Othman tamat perkhidmatannya pada 22 Februari lalu.

Dan ini adalah kali kedua Hans Isaac dilantik sebagai pengerusi FINAS.

FINAS menerusi CEO, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib berkata: “Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Gerald Hans Isaac di atas pelantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkuatkuasa 26 Mac 2025.

“Ikhlas daripada YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif, Ahli-Ahli Perbadanan, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga FINAS.”

Hans Isaac dilantik sebagai penegerusi FINAS

Hans Isaac bukan nama asing dalam industri seni perfileman tanah air. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang sudah berlakon dalam banyak filem hits tempatan.

Sebelum ini Datuk Hans Isaac pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Datuk Hans Isaac meninggalkan jawatan tersebut pada kira kira lebih seminggu yang lalu.

Hans Isaac dilantik sebagai pengerusi FINAS kali kedua

Dan kini Hans Isaac dilantik sebagai pengerusi FINAS sekali lagi. Sebelum ini Datuk Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi FINAS buat pertama kali pada 8 April 2019,

Namun belum pun sampai setahun menggalas jawatan itu, Hans Isaac dilaporkan sudah menerima surat penamatan kontrak. Tidak lama selepas itu, Hans Isaac meletakkan jawatannya sebagai pengerusi FINAS pada Mei 2020 – menurut laporan BH Online.

Kini Hans Isaac sudah bersedia untuk berkhidmat sekali lagi dalam organisasi tersebut. Di ruangan komen rata rata mengucapkan syabas kepada Hans Isaac dan berharap beliau akan dapat menaikkan lagi prestij industri perfileman tempatan.

SelainĀ  itu ada juga yang berharap Hans Isaac akan dapat membantu pengkarya filem tempatan dengan sokongan yang terbaik dan membantu bakat bakat baharuĀ  untuk menyerlahkan diri mereka.

Hans Isaac