Sudah hampir tiga minggu Dani Olmo diperkenalkan sebagai pemain baharu Barcelona tetapi kelibatnya di atas padang masih belum dapat disaksikan.
Keadaan itu sudah pastinya ada kaitan dengan masalah kewangan dialami Barcelona hingga menyebabkan pemenang Euro 2024 itu masih belum dapat didaftarkan dengan LaLiga.
Baca Juga:
- Joan Laporta: Barcelona Akan Umum Berita Gembira
- Deco Sahkan Nico Williams Yang ‘Reject’ Barcelona
- Gundogan Minta Dilepaskan Oleh Barcelona
Hakikat itu diakui sendiri pengurus pasukan, Hansi Flick yang tidak dapat menjamin bilakah pemain berusia 26 tahun itu akan membuat penampilan sulungnya bersama The Blaugrana.
Walaupun sudah melepaskan Ilkay Gundogan ke Manchester City dan Vitor Roque menyertai Real Betis secara pinjaman, ia masih belum mencukupi untuk membolehkan Olmo didaftarkan.
Dani Olmo yang merupakan produk La Masia tidak pernah beraksi bersama skuad utama Barcelona sebelum ini dan beliau direkrut dengan yuran perpindahan bernilai $60 juta dari RB Leipzig.
Beliau turut terlepas dua perlawanan awal yang menyaksikan Barcelona menang 2-1 ke atas Valencia dan Athletic Bilbao dalam kempen LaLiga.
“Saya tidak tahu bila, saya berharap boleh menggunakan khidmatnya pada perlawanan Selasa ini (bertemu Rayo Vallecano),” ujar Flick menurut sumber laporan Goal.
“Tetapi ini adalah perkara yang perlu kita terima dan kita tidak boleh mengubahnya. Kami tahu itu apabila dia menandatangani kontraknya. Saya sedang menumpukan perhatian kepada apa yang boleh kita lakukan (iaitu mencapai kemenangan).”
Seperti dilaporkan sebelum ini, Barcelona menghadapi kesukaran untuk mematuhi peraturan LaLiga kerana hutang yang mereka tanggung.