Semalam hantaran seorang individu di platform Threads yang memuat naik hantaran berkenaan penampakan segerombolan individu sudah pun makan di restoran sulung milik Khairul Aming walaupun belum tiba tarikh pembukannya lagi.
Individu yang dikenali sebagai khai.ammar telah berkongsi sipnosis tentang insiden terbabit dan menyoal jika kalau restoran itu dikunjungi oleh manusia atau pun kelibat entiti pada waktu itu.
“Saya ada urusan di Bangi. So malam tu free dan meronda lah saya di bandaraya Kuala Lumpur bersama teman teman dalam sebiji kereta.
Kemudian lalu la kat kedai si KA ni yg kata nilainya Rm4j. Dan ternampak sekitar belasan orang dalam kedainya.
Yang menjadi persoalan saya. Katanya opening bulan 1 tahun 2026. Habis tu malam baru ni saya lalu tgk ramai pula yg dok makan makan kat dalam tu.
Ada yg boleh jelas kan tak apa yg berlaku? Ke saya nampak hantu yg datang makan kat situ,” tulisnya.
Dalam pada itu, dia turut memuat naik dua keping gambar sebagai bukti yang restoran itu telah pun ‘beroperasi’ sebelum tarikh rasmi pembukaannya.


Tidak melatah dengan soalan itu, pemilik Rembayung iaitu KA langsung menjawab dengan gaya santai dalam merungkai misteri yang tular di platform media sosial itu.
“haah belum buka lagi. and tu bukan hantu haha. itu dinner simulation kita buat dgn staff, and kawan2 pun datang berlakon jadi customer. staff kena run simulation banyak kali untuk prepare for opening nanti,” jawabnya dengan tenang dalam masa merasa lucu dengan persoalan yang agak random itu.
Dalam pada itu, sebahagian netizen memuji akan sifat profesional KA yang sentiasa melayan kerenah netizen sama ada dalam kritikan atau pun persoalan pelik sebegini.
Sementara itu, ada juga mengakui bahawa mereka baru sahaja mengetahui akan kewujudan prosedur simulasi operasi percubaan makanan buat sesebuah restoran sebelum ia menerima pelanggan sebenar sewaktu pelancaran nanti.
“”Ujian makanan (food testing) adalah perkara biasa bagi mana-mana restoran sebelum pelancaran rasmi mereka. Biasanya, pemilik akan menjemput rakan-rakan atau mereka yang mempunyai latar belakang (industri) yang sama untuk merasai menu tersebut.
“Dari situ, mereka akan menilai rasa makanan serta persembahannya (presentation). Jika terdapat sebarang maklum balas yang kurang memuaskan, mereka akan segera memperbaikinya sebelum pembukaan besar-besaran (grand opening). Harap penjelasan ini dapat membantu anda,” terang seorang netizen yang mahir dalam perihal ini.