Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pemain bola sepak yang mempunyai ‘taste‘ dalam memilih model-model kereta untuk dijadikan koleksi peribadinya.
Beliau sering kali dikaitkan sebagai pemilik model one-off Bugatti La Voiture Noire. Namun sebaliknya, pemain bola sepak berusia 38 tahun itu merupakan salah seorang pemilik Bugatti Centodieci yang ditawarkan sepuluh unit sahaja di seluruh dunia.

Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo Bekerjasama Dengan Binance Untuk Lancarkan Koleksi NFT Eksklusif
- Bugatti Milik Cristiano Ronaldo Bernilai Hampir RM10 Juta Terlibat Kemalangan Sewaktu Percutiannya
- Cristiano Ronaldo Dilihat Memandu Kereta Mewah Bentley Bernilai RM1.4 Juta Ke Pusat Latihan
Baru-baru ini tular satu rakaman video Cristiano dikelilingi oleh orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau serta kereta mewahnya itu.
Cristiano Ronaldo estuvo anoche paseando por las calles de Madrid con su Bugatti Centodieci. pic.twitter.com/RsU3o63ShU
— Real Madrid Unido™ (@RMadridUniido) March 29, 2023
Semasa Cristiano cuba masuk ke dalam kereta, beliau dijaga oleh pengawal peribadi yang menghalang orang ramai daripada terus ‘mengganggu’ CR7 dan teman wanitanya meninggalkan lokasi.
Bugatti Centodieci diperkenalkan pada 2019 bersempena ulang tahun ke-110 jenama kereta mewah Perancis itu dan diinspirasikan daripada model ‘Bugatti EB110’. Terhad 10 unit sahaja dibina dan berharga €8 juta (~RM38.46 juta) sebuah sewaktu pelancaran.
Hypercar itu mempunyai enjin 8-liter W16 quad-turbocharged yang menghasilkan output kuasa 1,578 hp dan boleh memecut 100km/j dalam 2.4 saat, serta maksimum kelajuan 380km/j.
Selain jenama Bugatti, Cristiano turut memiliki beberapa model kereta eksotik lain seperti Ferrari Monza, Ferrari F12tdf, Ferrari 599 GTO, McLaren Senna, Aston Martin DBS Superleggera dan Lamborghini Aventador.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.