Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia (KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan hari ini berkata sehingga Mei 2023 hanya 18 peratus daripada jumlah ahli memenuhi simpanan asas mengikut umur, yang membolehkan mereka mempunyai sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan lebih bagi meneruskan kehidupan selepas persaraan selama 20 tahun.

Memetik portal New Straits Times, Penanda aras yang digunakan KWSP untuk menentukan pencapaian Simpanan Asas mengikut umur persaraan 55 tahun ialah RM240,000 — ini bermakna hanya RM1,000/sebulan boleh digunakan untuk tempoh persaraan 20 tahun.

Baca Juga:

Sehingga Mei 2023, Amir berkata hanya 30 peratus ahli rasmi aktifnya mencapai sasaran simpanan asas mengikut umur. Manakala hanya 18 peratus daripada 15.8 juta ahli keseluruhannya berjaya mencapai sasaran simpanan yang sama.

Antara lain, beliau berkata KWSP kini memberi tumpuan kepada lanjutan perlindungan KWSP dan meningkatkan kecukupan simpanan persaraan ahli.

Dengan hanya 56 peratus daripada 16.7 juta tenaga buruh Malaysia mempunyai beberapa bentuk perlindungan sosial formal, KWSP telah mengerahkan unit mudah alih untuk mendekati tujuh juta orang dalam sektor tidak formal dan bekerja sendiri, yang boleh menjadi ahli KWSP.

Selain itu, KWSP juga sedang meneroka pelbagai pendekatan lain untuk meningkatkan landskap pencen dan persaraan negara.

Ini termasuklah pilihan pengeluaran pendapatan asas untuk mengukuhkan tawaran dekumulasinya untuk menyediakan ahli dengan sumber pendapatan persaraan tambahan.

Sumber