Menguruskan harta selepas kematian mungkin adalah salah satu perkara yang rumit untuk difikirkan oleh waris dan keluarga.

Malah, beberapa kejadian sebelum ini juga menunjukkan kepada kita betapa pentingnya untuk menguruskan harta dengan baik ketika masih hidup agar tidak menimbulkan kesukaran bila meninggal dunia kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara perkara yang paling utama untuk difikirkan bila seseorang meninggal dunia sudah pastinya hutang-piutang si mati ketika mereka masih hidup.

Dan antara hutang yang sering membuatkan kita tertanya-tanya apakah yang akan berlaku sudah pastilah bila ia melibatkan pinjaman berskala besar seperti kereta dan rumah kerana ia melibatkan institusi kewangan seperti bank.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter @FakeLecturer baru-baru ini berkongsi satu tips yang mungkin akan meredakan sedikit kegusaran yang dialami keluarga si mati membabitkan pembiayaan pinjaman kereta.

Dalam ciapannya itu, beliau menasihatkan orang ramai agar mengambil auto life insurance untuk mengelakkan kerisauan waris-waris memikirkan untuk membayar pinjaman yang telah dibuat si mati sebelum ini.

Menjelaskan lanjut mengenai perkara itu, dia turut berkongsi pengalaman peribadinya menggunakan auto life insurance sebelum ini ketika membeli kereta pada 2015.

“Saya pernah membeli kereta Toyota Vios pada 2015 dengan harga sekitar RM90,000 dan auto life insurance untuk kereta itu adalah sekitar RM480 […]

“RM480 itu tidak memberikan apa-apa manfaat tetapi ia membuatkan saya tidak risau sekiranya saya meninggal dunia terlebih dahulu,” kongsinya di Twitter.

Dia bagaimanapun memberitahu tidak jelas bagaimana syarikat insurans tersebut membuat perkiraan untuk menentukan premium yang terpaksa dibayar ketika itu.

Bukan saja pembiayaan kereta, malah dia turut berkongsi bagaimana pembiayaan rumah juga mempunyai polisi yang hampir sama dengan auto life insurance tersebut.

Ketika membeli rumah sebelum ini, beliau dikenakan bayaran RM10,000 bagi mendapatkan insurangs MRTA  bagi memudahkan pengurusan pinjamannya sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku seperti yang dialami kawannya.

“A friend of mine, bapak dia belikan rumah untuk dia kat Bangi, not cheap I tell you. Unfortunately, (or fortunately, depending on how you view this) after 2 years bapak dia meninggal dunia.

Insurance cover the whole loan, basically dia dapat rumah tu free,” kongsinya mengenai perkara tersebut.

Bagi anda yang kurang faham dengan MRTA ini, berikut adalah penjelasan daripada netizen yang menerangkan mengenai perkara itu dengan lebih lanjut.

photo_2020-02-28_13-35-25

Selain berkongsi tips berguna itu di ciapannya di Twitter, @FakeLecturer juga turut menjawab persoalan yang diajukan oleh netizen-netizen yang kurang jelas dengan auto life insurance dan juga MRTA serta MLTA.

Baca kisah sebenar di sebalik video wanita yang mengamuk selepas keretanya ditarik sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Mengamuk Ketika Kereta Ditarik, Netizen Dedah Kisah Sebenar Wanita Ini Yang Ramai Tidak Tahu

Suami Sanggup Curi Kereta Demi Penuhi Hasrat Isteri Mengidam Honda Jazz

Ini Cara Jurujual Masukkan Kereta Pameran Ke Dalam Pusat Membeli-Belah

Sumber