Kelab yang dibimbing oleh ketua jurulatih dari Malaysia, Tan Cheng Hoe iaitu Police Tero jatuh ke tangga tercorot dalam carta Liga Thailand selepas tewas kepada Trat FC baru-baru ini.

Sebelum turun menentang Trat, Police berada dalam prestasi terbaik dimana mereka menewaskan Uthai Thani pada minggu perlawanan sebelumnya dan naik satu anak tangga dengan menduduki tangga ke-15 dalam carta liga.

Baca Juga:

Akan tetapi, Police gagal mengekalkan rentak kemenangan dimana mereka tewas dengan keputusan 4-2 yang mana menyaksikan kelab itu kembali berada di tangga tercorot manakala Trat pula kini menduduki tangga ke-15.

Kehadiran Cheng Hoe tidak banyak membantu kelab tersebut dimana Police hanya mampu mencatat satu kemenangan dalam liga sejak bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu mengambil alih.

Cheng Hoe telah membimbing kelab ini dalam tujuh perlawanan liga dimana mereka hanya mampu mencatat satu kemenangan, dua seri dan mengalami empat kekalahan.

Ketika awal mula dilantik sebagai ketua jurulatih, media negara jiran mempersoalkan mengapa Cheng Hoe meninggalkan Selangor dan menyertai kelab yang sedang bergelut seperti Police.

Salah seorang wartawan sukan di Thailand iaitu Gian Chansrichawla membangkitkan persoalan dimana beliau berasa hairan mengapa Cheng Hoe menyertai sebuah pasukan yang sedang dilanda masalah kewangan selain bergelut di zon penyingkiran dalam carta liga.

Police Tero masih mempunyai baki empat perlawanan liga untuk kembali mencatat kemenangan sekaligus keluar dari zon penyingkiran.

Pasukan itu akan berdepan Chiangrai United, Sukhothai, Bangkok United dan BG Pathum United.