Kem Harimau Malaya memilih untuk menutup mulut daripada memberikan komen tentang isu yang sedang hangat melanda berkaitan penggantungan 7 pemain warisan.

Menurut wartawan sukan Zulhelmi Zainal Azam, fokus kem Malaysia ketika ini adalah aksi Kelayakan Piala Asia menentang Laose di Vientiaen.

 

Beberapa minggu lalu, Harimau Malaya berdepan dengan isu didakwa menggunakan pemain tidak sah ketika aksi kelayakan Piala Asia menentang Vietnam.

Ini apabila  7 pemain warisan baharu dilaporkan menggunakan dokumen palsu atau tidak sah.

FAM bertegas bahawa kesemua pemain tersebut adalah rakyat Malaysia yang sah. Di mana FIFA sendiri yang menerima dan meluluskan dokumen pendaftaran pemain pemain tersebut.

Buat masa ini, kesemua 7 pemain tersebut masih kekal digantung 12 bulan dan didenda. FAM turut dikenakan denda. FIFA ketika itu memberikan tempoh 10 hari untuk FAM membuat rayuan.

FAM kemudian menegaskan bahawa mereka tidak ada komen lanjut berkaitan isu tersebut. Dan memutuskan hanya akan mengemukakan rayuan setelah dokumen penuh keputusan penghakiman daripada pihak FIFA dikeluarkan.

FAM berkata: “FAM masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada pihak FIFA. Proses rayuan hanya akan dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan penghakiman tersebut diterima.”