Harry Kane terus membuktikan dirinya sebagai antara penyerang paling prolifik dalam era moden apabila berjaya mengatasi rekod jaringan terbaik Cristiano Ronaldo bagi satu musim melibatkan aksi bersama kelab dan negara.
Terbaru Kane mencetak satu lagi gol ketika menentang Panama, dalam kemengan 2-0 England.
Menjadikan, setakat musim 2025/26, Kane telah meledak 70 gol untuk kelab dan negara. Dia turut menjadi penjaring terbanyak England di Piala Dunia mengatasi rekod Gary Lineker.
HARRY KANE MAKES HISTORY! 👑🦁
The captain stands alone! With his goal in England's 2-0 victory against Panama, Harry Kane has officially become England’s all-time top scorer in World Cup history with 11 goals, overtaking Gary Lineker! 💥⚽
Thomas Tuchel's Three Lions now march… pic.twitter.com/hO35JJkiOT
— 365Scores (@365Scores) June 28, 2026
Dan ia sekali gus memintas catatan terbaik Ronaldo yang menjaringkan 69 gol pada musim 2011/12. Jumlah itu turut mengatasi rekod Lionel Messi pada musim 2012/13 yang juga menghasilkan 69 gol.
Bagaimanapun, rekod tertinggi abad ke-21 masih kekal menjadi milik Lionel Messi.
Bekas bintang Barcelona itu mencipta sejarah pada musim 2011/12 apabila meledakkan 82 gol untuk kelab dan Argentina, satu pencapaian yang masih belum dapat ditandingi mana-mana pemain sehingga kini.
Rekod jaringan terbanyak dalam satu musim (kelab & negara) abad ke-21:
1. Lionel Messi (2011/12) – 82 gol
2. Harry Kane (2025/26) – 70 gol
3. Cristiano Ronaldo (2011/12) – 69 gol
4. Lionel Messi (2012/13) – 69 gol
Walaupun agak sukar untuk mengejar 12 lagi gol Lionel Messi pada 2011/12, namun tiada apa yang mustahil.
Harry Kane overtakes Cristiano Ronaldo's highest goal scoring season to become the outright second best goal scorer in a single season in the 21st century
1- Lionel Messi (11/12) 82 goals
2- Harry Kane (25/26) 70 goals
3- Cristiano Ronaldo (11/12) & Lionel Messi (12/13) 69… pic.twitter.com/Rfw648hwyG— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) June 27, 2026
Prestasi luar biasa Kane musim ini bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai antara penyerang terbaik dunia, malah xmeletakkannya dalam kelompok elit pemain yang pernah mencatat jumlah jaringan luar biasa dalam sejarah bola sepak moden.
Dengan musim yang masih segar dalam ingatan, pencapaian ini menjadi bukti ketajaman penyudah dan konsistensi kapten England itu di pentas tertinggi.